CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Ziela Jalil Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Anak

6-4-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35758| Komen: 185

Penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil, 51, tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat menerusi perkahwinannya dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar, 55.

Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, berkata dia bersikap terbuka dan menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah.



"Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana semua atas kehendak-Nya.

"InsyaAllah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Doakan yang baik-baik," katanya yang ditemui pada majlis Hi Tea D'Haja di sebuah hotel terkenal, baru-baru ini.

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini pada 17 Februari 2019 pernah menjadi bualan hangat warganet apabila Ziela dikatakan merahsiakannya daripada pengetahuan masyarakat. 

Ia mula tular apabila salah seorang anak suaminya membuat hantaran di media sosial berkenaan Ziela adalah isteri kedua.


Kredit foto: IG


Isu ini bagaimanapun akhirnya reda, apabila Ziela memberitahu tindakannya kerana mahu menjaga hati banyak pihak, selain menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. 

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd ini mengakui bersyukur kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan harmoni.

"Alhamdulillah selepas 11 tahun, Allah yang mengaturkan. Jadi saya yakin aturan Allah itu sesuatu yang sangat-sangat baik kerana dia lebih tahu.

"Dan syukur, yang penting adalah keluarga saya kerana anak-anak menerimanya dengan baik. Jadi, kita jalankan kehidupan dengan baik. InsyaAllah.

"Isu kecaman juga sudah tiada, berbanding ketika awal pengumuman dibuat. Allhamdulillah, tiada lagi komen-komen kurang baik," katanya.



Ziela tidak menafikan, meski masih ada beberapa komen yang mengecam, namun itu tidak meninggalkan apa-apa kesan sedih buatnya.

"Saya tak perlu ambil kisah kerana ramai yang puji dan mendoakan yang baik-baik berbanding kecaman sebegini," katanya yang sudah mempunyai seorang cucu berusia dua tahun.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan Ziela dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada 1991, mereka dikurniakan dua anak, Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Selain itu, Ziela juga kini mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.



Dalam pada itu, Ziela yang sering tampil bergaya mengenakan tudung D'Haja mengakui, dia perlu melawa bukan hanya semata-mata untuk suami, tetapi kemunculan dalam masyarakat.

"Apabila bergaya, ia membentuk  keyakinan diri. Contohnya, saya sering terbabit dalam mesyuarat virtual dengan pelbagai pihak. Walaupun seluruh fizikal tak nampak, tapi saya perlu nampak kemas dengan tudung yang sesuai untuk membuatkan saya lebih selesa ketika pembentangan," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 6-4-2021 12:41 PM
Ya ampoen nekkkkk... gigih nau..kalu 40 an dok higaq camni ok la
Quote mrsLY 6-4-2021 12:45 PM
......
Quote gujiwa 6-4-2021 12:49 PM
tak mustahil.. n kaya ni nak beranak pinak pun silakan la..
Quote watymuchaz 6-4-2021 12:56 PM
Duit bnyak.. Boleh hire helper. Nak beranak umur 50 pon x dak masalah tapi high risk lah utk umur2 mcm ni.
Quote Normabaru 6-4-2021 12:56 PM
hr tu nk sorok sgt.. now nk bt ank pon gigih nk cite kt socmed.. Mmg spesis slut! choiii
Quote 3chanceno 6-4-2021 01:00 PM
Motip umum pasal bersedia kalau dikurniakan anak????kalau dah mengalami hamil,boleh lah gebang!
Quote ellejo 6-4-2021 01:12 PM
hmmm malas nak cakap
Quote coco 6-4-2021 01:22 PM
anak menantu doktor..... kot boleh tolong mak depa sumbat.   tapi adooii kalau aku jadi anak dia,  segan weeiihhh  mak dok kalut cerita nak beranak lagi.  ko dah kenapa,  saja la tu nak bagitau kat bini 1st,   bukan saja berjaya merampas suami mu,  berjaya jugak projek...walau dah tua tua ni
Quote laksmanabentan 6-4-2021 01:24 PM
iya semoga mengandung ya....
Quote Suchi 6-4-2021 01:33 PM
Edited by Suchi at 6-4-2021 07:07 PM

Tak kesian ngan anak ke bila memilih nak lahirkan depa pada usia senja?
Sama juga yg dah warga emas masih gigih nak amik anak angkat baby kecik tuik sbb rindu bau baby bagai.
Anak angkat kalau mak angkat dia meninggal sapa yg akan jaga ya? Kembali ke JKM ke cemana?
Takkan nak paksa waris jaga kang di dera nya budak tu sbb bukan dorang yg beria nk amik anak angkat tu.
Mcm kes yg penah gempar kat indon tu si suami yg beria2 nak amik ank angkat, bila laki mati hidup anak angkat tu sengsara kena dera ngn mak angkat sampai mati.
Quote 3chanceno 6-4-2021 01:38 PM
coco replied at 6-4-2021 01:22 PM
anak menantu doktor..... kot boleh tolong mak depa sumbat.   tapi adooii kalau aku jadi anak dia,  s ...

Setuju sesangat!anak dan menantu baca pun malu wei crita gini di gebang pada umum!

Well,money cant buy class!
Quote cicicumel 6-4-2021 01:39 PM
So indirectly she is saying she belom monopos.. Masih ada chance utk peknen
Quote gigi 6-4-2021 01:53 PM
dah nak monopos...berangan
Quote JalaEmas 6-4-2021 01:53 PM
entahlah.. iols mmg anti pencaras laki org.. laki org yg dicaras pon den meluat.. eeeeee...
Quote akmal 6-4-2021 01:57 PM
Kan berangan..konon hot nk tunjuk madu yg dia period lg kot..dia ni kdg xkai stokin..giitu aku perati kalo dia gambar derdiri..
Quote kwekkwek 6-4-2021 01:59 PM
malunyaaaaaaa
Quote sonatalady 6-4-2021 02:02 PM
Amboi..dulu sorok2..marah2 bila kantoi dh kawen baru...dgn laki org.
Skg ni..x malu2 bawa laki g sana sini.
Sampai x kisah ckp nak anak.
Betullah..ada hikmah setiap yg berlaku..sama ada positif @negatif.
Quote teletubis 6-4-2021 02:03 PM
Kalau dpt anak.. ada la waris.. Terikat la jugak tok laki.. Strategi...pernah dah jumpa yg style mcm ni.. Biar pun jadi isteri ke 3 or ke 4.

.

Quote Duriand24 6-4-2021 02:13 PM
Tersembur kopi aku ngan statement nenek ni

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073785 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top