FIFY. FOTO IG fifyazmi Kuala Lumpur: Gara-gara kerap melakonkan watak lasak dan tampil dengan gaya rambut pendek, pelakon Fify Azmi diganggu dengan mesej peribadi daripada golongan yang meminati kaum sejenis. Fify berkata, ramai yang menganggap dia cenderung terhadap golongan sedemikian berdasarkan gaya dan penampilannya ketika berlakon. "Ramai individu yang meminati kaum sejenis menghantar mesej peribadi di Instagram saya. Perkara ini berlaku sejak saya membintangi filem Wira sehinggalah beberapa drama yang memerlukan saya berambut pendek. "Mereka ingat saya seperti mereka, tapi hakikatnya saya menyukai lelaki. Ramai yang beranggapan begitu tapi siapa yang mengenali tahu saya bukan seperti itu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Ratu Tenpin di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Fify, dia menganggap gangguan yang diterima daripada individu yang meminati kaum sejenis sebagai sesuatu yang lucu. "Saya tak marah atau menghina mereka sebaliknya saya anggap ia satu benda yang lucu. Walaupun mereka cuba mengganggu saya di mesej peribadi tapi saya tidak layan. Saya harap dengan penjelasan ini mereka sedar yang saya adalah 'straight'," katanya. Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
swateng1 replied at 7-4-2021 10:55 AM
cute laa dia ni rambut pendek
tumpanglalu74 replied at 6-4-2021 11:30 PM
Jangan lupe..
tumpanglalu74 replied at 7-4-2021 12:30 AM
Jangan lupe..
ADVERTISEMENT