|
Sesi persekolahan secara bersemuka di bandar raya ini yang bermula hari ini sehingga 29 April depan hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja. Lapor Kompas.com, bilangan pelajar juga dihadkan hanya 16 orang dalam satu kelas serta dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari pukul 7 hingga 9 pagi dan 10 hingga 12 tengah hari waktu tempatan.
Selain itu, hanya subjek teras seperti Matematik dan Bahasa Indonesia yang diajar, manakala, mata pelajaran lain diajar secara dalam talian. Polisi itu selari dengan keputusan kerajaan membenarkan sesi persekolahan berlangsung semasa pandemik Covid-19. Bagaimanapun, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa dan hanya sekolah terpilih di Jakarta sahaja yang dibenarkan melaksanakan sesi tersebut. Ketua Pendidikan II, Jakarta Tengah, Uripasih berkata, setiap sekolah mesti melalui penilaian dan memenuhi kriteria ditetapkan seperti larangan membasuh tangan di sinki.
“Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pelajar yang sakit semasa di sekolah. “Sekiranya ada pelajar yang sakit, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, sebaliknya perlu ke hospital atau pusat kesihatan terdekat,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.183322 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.