|
Usaha menyelamat seorang sami giat dilaksanakan selepas dia terperangkap dalam sebuah gua di Thailand. Bangkok Post melaporkan, sudah beberapa sami itu terperangkap selepas pintu masuk Gua Phra Sai Ngam di daerah Noen Maprang ditenggalami air banjir pada Ahad lalu.
Perkara itu dikongsi Facebook Prasat Bun Sathan, sebuah yayasan penyelamat tempatan yang memuat naik gambar situasi terkini di hadapan gua berkenaan. Ketua Komando Perang Khas Tentera Laut pasukan Laut, Udara, dan Darat (SEAL) Laksamana Muda Supphachai Thanasarasakhon memaklumkan satu pasukan khas akan dihantar segera ke kawasan gua jika pihaknya menerima isyarat bantuan cemas. Sumber: Kosmo!
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.303119 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.