CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelanggan Tak Nampak, Lalu Lalang Tapi Tak Singgah- Kedai Disihir Supaya Tak Laku!

8-4-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3180| Komen: 7

Bukan main seronok lagi apabila Zawiyah dan suaminya Ahmad mendapat perkhabaran permohonan untuk membuka kedai runcit di kedai milik majlis perbandaran di Selangor diluluskan.


Mana tidaknya, sudah agak lama mereka membuat permohonan itu namun tiada jawapan. Namun berkat doa dan usaha membuat rayuan, akhirnya impian itu terlaksana.

Pada awalnya, perniagaan pasangan itu berjalan lancar meskipun terdapat beberapa buah premis lain yang turut membuka kedai runcit.


Kredit foto: mStar


Bagi mengelakkan sebarang rasa kurang senang peniaga lain, Zawiyah dan suami turut memfokuskan menjual barangan basah seperti sayur-sayuran dan ikan segar memandangkan tiada lagi yang menjual barang-barang tersebut di situ.


Tidak hanya itu, Ahmad turut melakukan perkhidmatan menghantar surat khabar dan barang ke rumah pelanggan.

"Fikir saya, pelanggan boleh membeli barangan segar di kedai saya dan sekiranya ingin barangan dapur lain mereka boleh ke dua buah kedai yang lain. Dapat juga kami sama-sama berkongsi rezeki," katanya.

Pelanggan lalu, tiada yang singgah!

Namun tidak sampai setahun Zawiyah membuka kedai tersebut, timbul perasaan pelik di hatinya apabila melihat ramai pelanggan lalu lalang di hadapan kedainya namun tiada seorang pun yang singgah. Malah pelanggan setianya juga seolah-olah tidak nampak kedai mereka dan hanya lalu dan berlalu pergi.


Kredit foto: mStar Online


"Semua lalu lalang depan kedai macam biasa tapi tak singgah. Kadang-kadang kelihatan raut wajah mereka seperti kehairanan.

"Hampir seminggu satu jualan pun tidak ada, kadang-kadang sampai bahan segar yang dijual terpaksa dibuang kerana sudah rosak. Termenung juga saya memikirkan kejadian pelik menimpa kedai saya," ceritanya.

Sehinggalah pada suatu hari kata Zawiyah, seorang pelanggan menelefon bertanya sama ada kedai buka atau tidak kerana ingin membeli tong gas. Bagaimanapun, pelanggan itu sekali lagi menelefon memberitahu dia berada di kawasan kedai namun melihat kedainya tutup.

"Pelanggan itu agak marah kerana berasa seolah-olah tertipu dan saya beritahu kedai tidak tutup malah suami saya menunggunya di hadapan kedai.

"Suami siap melambai ke arahnya tetapi dia seolah-olah tidak nampak dan mungkin kerana berasa tidak puas hati, pelanggan itu berlalu pergi dan tidak singgah ke kedai kami," ujarnya.


Kredit foto: mStar 


Zawiyah memberitahu dia terkejut dengan apa yang baru berlaku dan kejadian itu turut menjelaskan mengapa kedainya tidak ada pelanggan hampir seminggu lalu.

Hati kecilnya mengesyaki ada pihak berasa dengki dan telah melakukan perkara terkutuk untuk menutup pandangan orang ramai agar tidak nampak kedainya.

"Tidak tahu apa yang dimarahkan kerana saya sendiri cuba tampil perkhidmatan berbeza agar tidak menggangu perniagaan orang lain," katanya.

Enggan terus menunding jari ke arah orang lain, Zawiyah dan suami sepakat memanggil seorang ustaz untuk 'periksa' kedai mereka sekiranya ada sesuatu yang pelik.

Sebaik melangkah di kaki lima kedai mereka, Zawiyah memberitahu ustaz itu tersenyum dan memandang tepat ke arah burung tiong milik suaminya yang digantung di hadapan kedai mereka.

"Kalau burung tiong ini boleh bercakap apa dia nampak, rasanya panjang ceritanya," kata ustaz itu kepada mereka suami-isteri.

Selepas menyiasat seluruh kawasan kedai, ustaz itu memberitahu ada pihak cuba menutup pintu rezeki perniagaan mereka dengan melakukan amalan syirik.

Ustaz turut menunjukkan tanda taburan tanah di sekeliling kedai yang dipercayai tanah dari kubur selain terdapat dua batang lilin yang sudah terbakar di belakang kedai.

"Luluh hati saya apabila ustaz beritahu perbuatan khianat orang terhadap kami dan beliau berpesan agar tidak terlalu mempercayai orang lain kerana ia dilakukan oleh orang berdekatan kami.

"Ustaz itu tidak dapat 'memagar' kedai kami memandangkan ia terlebih dahulu dipagar dengan tanah kubur namun meminta kami memasang surah al-Baqarah dan membersihkan kedai pada keesokan harinya,"ceritanya.

Selain itu, ustaz itu turut membuat campuran garam kasar dan lada hitam untuk ditabur di sekitar kawasan kedai dalam usaha mengelak masalah berlaku bertambah teruk.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari, pelanggan mula memenuhi kedai kami malah ada yang berseloroh bertanya adakah saya dan suami pergi berbulan madu kerana lama kedai ditutup.

"Saya hanya mampu tersenyum meskipun ada kepahitan yang ditelan akibat perbuatan syirik orang lain," ujarnya.

Sehingga ke hari ini kata Zawiyah dia tidak mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian itu dan berharap individu tersebut sudah insaf dan bertaubat kepada Allah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 8-4-2021 01:26 PM
Ingat zara zya tadi
Quote tagas 8-4-2021 03:25 PM
Salah kan sihir sinonim dgn mulayu

pada hal harga yahudi

masak tak sedap
Quote Perawankota 8-4-2021 08:40 PM
Ini pengalaman aku sendiri.. Citer ni jadi sebelum 2010. Dulu2, before masuk keje shift petang, aku suka singgah Brickfields, Restoran Puteri yg Rubiah Suparman punya. Ada satu hari tu, aku datang, 3 kali aku lalu lalang mmg aku tak nampak langsung kedai dia.. Aku tgk satu2 kedai, pastu aku pikir, maybe dorg dh tutup/renovate kedai. Pastu dah fed up, aku gerak balik carik makan kt KL sentral..
Lepas dua tiga minggu, aku lalu, elok je aku nmpk kedai tu bukak.. Mmg masa tu terkejut gila lah.. Sebab sebelum tu, even kedai punya Signboard pon aku tak nampak.
Lepas baper tahun, aku baca kt paper ke internet, rupanya ada orang antar sihir kt kedai dia.. Masa tu aku percaya, yang sihir ni mmg wujud..
Quote manis3005 8-4-2021 09:30 PM
Aku pun pernah sekali alami pengalaman lbh kurang mcm ni tapi dah lama la x igt thn,maybe 2008 mcm tu kot..kami 1 family 2 biji kereta berenti nk lunch kat kawasan cameron highland ada kedai2 tepi jalan..time berenti depan kedai tu xnmpk pun kedai tu bukak,,so terus pergi kedai sebelah..bila dah kenyang nk balik baru nampak kedai yg kitorang parking depan tu sebenarnya bukak..mak abah aku pun perasan jgk benda ni..sbb tu sampai skrg ingat lg peristiwa ni
Quote Supersirap 8-4-2021 09:31 PM
Sihir menyihir ni memang betul-betul menganiaya orang lah, semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote AyaqMeloSuam 9-4-2021 08:54 AM
Aku pn ada pngalaman. Pegi kedai emas kt Kuala Ketil. Emas Anuar kot rasanya. Last 4 yrs. Punya la nala besaq signbod warna merah. Aku, adik aku & laki aku xnmpk. Siap dh lalu depan kedai tu. Waze pn tunjuk situ. Nmpk pintu kedai tutup mcm pintu kilang tu. Signbod apa pn xdak. 2x pusing bila dh kt traffic light bru nmpk.
Quote ally9970 9-4-2021 11:36 AM
Aku pernah bukak kedai printing, berdepan kedai ada kedai masakan kelantan.
Kedai dia kena tanah kubur, dgn kedai aku pun terpercik sekali...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.147035 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top