CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menantu Lelaki Pembersih Rimas Dengan Mak Mentua Rajin-Siap Halau Balik Kampung!

8-4-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7751| Komen: 33

Hubungan perkahwinan bukanlah antara suami dan isteri semata-mata, malah ia melibatkan penyatuan antara dua keluarga.

Namun, acap kali kita disajikan dengan pelbagai konflik antara menantu dan mentua sehingga ada yang digelar derhaka.


Terbaharu, seorang wanita tampil berkongsi kisah mengenai suaminya yang seolah-olah tidak suka akan kehadiran ibu mentuanya di rumah sendiri.

Jelas wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia perlu menjaga ibunya yang kini sudah berusia memandangkan adik-beradik yang lain tinggal berjauhan.

Foto: mStar

"Saya sekarang sedang menjaga ibu yang sudah tua memandangkan saya anak perempuan tunggal.


"Saya ada abang dan adik lelaki yang tinggal berjauhan. Tahun ini ibu memilih untuk tinggal bersama saya, mungkin faktor keselesaan.

"Dua bulan berlalu, suami saya mula menunjukkan sikap tidak selesa apabila ibu tinggal bersama kami," ujarnya.

Kata wanita itu, biarpun sudah tua, ibunya masih gagah melakukan kerja-kerja rumah.

Namun, sikap rajin ibunya ternyata kurang disenangi sehingga berlaku insiden yang melukakan hatinya sebagai isteri.

"Ibu saya ni suka mengemas dan membantu saya memandangkan saya bekerja. Suami seorang yang sangat pembersih.

"Ada satu ketika ibu saya basuh pinggan, tak berapa cuci... dia 'sound' ibu saya.

"Kalau ibu saya sedang tengok televisyen, dia buka saluran lain, alasan anak-anak nak tengok kartun," jelasnya.


Foto: mStar

Dedah wanita itu, dia juga pernah bertengkar dengan suaminya gara-gara insiden itu.

"Kami beberapa kali bergaduh hal ini tapi dia tak boleh terima ibu saya untuk terus tinggal bersama.

"Saya ni seorang isteri, akhirnya saya terpaksa makan hati apabila suami beberapa kali mencadangkan untuk ibu balik kampung tinggal dengan anak yang lain," jelasnya lagi.

Wanita itu membuat perkongsian berkenaan menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga dan menerima hampir 1,000 komen netizen.

Selain menzahirkan rasa simpati, ada yang turut memberi nasihat dan berkongsi kisah mereka sendiri.

"Siapa kata menantu perempuan yang tak serasi dengan mentua? Tengok ni kes lelaki pula yang tak 'ngam' dengan mentua.

"Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Faham sangat... seeloknya berbincang dengan adik-beradik yang lain. Buat sistem penggiliran.

"Jika diberi pilihan... saya lebih rela memilih ibu yang melahirkan saya daripada suami yang tidak tahu mengenang jasa budi dan menghormati ibu," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 8-4-2021 01:38 PM
Gilir la.. Sebulan dok rumah tu. Sebulan dok rumah ni..
Quote Nana_Man 8-4-2021 02:15 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 01:38 PM
Gilir la.. Sebulan dok rumah tu. Sebulan dok rumah ni..

Mgkn menantu pompuan2 tak berkenan.
Quote Kenabertaubat 8-4-2021 02:16 PM
Akan ada rasa tak selesa walau ibu atau ibu mertua sendiri pun duduk satu rumah. Ada la tu benda yang suami dia rasa tercabar. Bincang dengan adik beradik lain la, gilir-gilir. Duduk sekejap-sekejap tak rasa sangat.
Quote sarah82 8-4-2021 02:18 PM
Nana_Man replied at 8-4-2021 02:15 PM
Mgkn menantu pompuan2 tak berkenan.

Yg ni mmg mslh utama...mak.. Mcm al quran buruk bila dah tua ni.. Nak buang x boleh.. Nak simpan utk baca pun x boleh.

Quote Nana_Man 8-4-2021 02:24 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 02:18 PM
Yg ni mmg mslh utama...mak.. Mcm al quran buruk bila dah tua ni.. Nak buang x boleh.. Nak simpan u ...

Tak bole buang mak. Tapi bole “buang” alquran buruk.. hehe...
Quote sarah82 8-4-2021 02:29 PM
Nana_Man replied at 8-4-2021 02:24 PM
Tak bole buang mak. Tapi bole “buang” alquran buruk.. hehe...

Hahahaha..sedihkan bila jadi mcm ni.
Quote shida81 8-4-2021 02:35 PM
Tu pasal org tua2 mmg lebih suka duk umah sendiri x nk menyushakan ank2... Arwah mak ak pun sama.. Klu bw dtg umah.. Pg2 lepas subuh da suh htr blk
Quote Nana_Man 8-4-2021 02:36 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 02:29 PM
Hahahaha..sedihkan bila jadi mcm ni.

Kita tak tau real story kan. Mgkn ada benda lain yg kita tak tau.
Tapi laki dia tu tolak “tuah”  kalau mak mertua sebetulnya ok.
Quote sarah82 8-4-2021 02:38 PM
Nana_Man replied at 8-4-2021 02:36 PM
Kita tak tau real story kan. Mgkn ada benda lain yg kita tak tau.
Tapi laki dia tu tolak “tuah ...

Tu la.. Kita doakan yg baik2 utk keluarga ni...
Quote sarah82 8-4-2021 02:39 PM
shida81 replied at 8-4-2021 02:35 PM
Tu pasal org tua2 mmg lebih suka duk umah sendiri x nk menyushakan ank2... Arwah mak ak pun sama.. K ...

Org tua2..kita ckp lebih sikit mmg cepat merajuk.. Mcm tadi.. Iols ckp kat opah yg iols jaga skrg ni.. Tunggu sat opah.. Jap lagi makan.. Sy nak ambik nafas jap.. Baru lepas masak utk opah.. Dia merajuk ingat iols x mo bagi dia makan.
Quote tagas 8-4-2021 03:15 PM
Edited by tagas at 8-4-2021 03:17 PM

Same happen to me tp in law seminggu dua jer dtg
sbb rindu cucu

Pro:

*Mak mertua aku pandai masak sedap2

Cons:

* umah bersepah najis bagai sbb mertua
aku pun jage bapak mertua yg alzheimer

* anak2 degil manja tak dgr kata bila
atuk nya ada so malas nak jerit2 suh mandi
solat bagai kang atok nya kecik hati so pandai2
la bini aku jerkah

* kos meningkat( expences utk utiliti, food suma naik)

* etc

Hujung2 rase mcm mkn hati jgk tp

bila pk panjang2 time ni la masa utk tuai

pahala utk bini n dpt la aku numpang skali

dpt pahala

then terkenangkan nasib diri esok

sama akan camtu jgk kalo di pjg kan umur



Quote jazaa100 8-4-2021 03:39 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 01:38 PM
Gilir la.. Sebulan dok rumah tu. Sebulan dok rumah ni..

adoiii.....

sedihnya bila dah tua kena buat mcm tu....
Quote sarah82 8-4-2021 04:19 PM
jazaa100 replied at 8-4-2021 03:39 PM
adoiii.....

sedihnya bila dah tua kena buat mcm tu....

Ada anak2 yg pakat2..buat giliran.. Jadi tak la rasa terbeban sangat kalau seorg yg jaga..

Ada juga anak2 yg berada sikit.. Depa ambik caretaker mcm sy walaupun gilir2 jaga mak.. Kira mudahkan depa.

Someone dlm ni.. Sy kenal.. Dia ada tanya sy bayaran sbb dia nak bagi kat kak dia ikut gaji sy sebulan sbb kak dia jaga bapa dia..arwah dah bapa dia.. Mmg business dia blooming walaupun ada forumer dlm ni dok troll dia.
Quote jazaa100 8-4-2021 04:37 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 04:19 PM
Ada anak2 yg pakat2..buat giliran.. Jadi tak la rasa terbeban sangat kalau seorg yg jaga..

Ada  ...

Opah yg sarah jaga ni ok tak?...
mesti rindu kat arwah Tok kan.... Tok dah jd sebhg dari warga porum ni....sbb sarah selalu update pasal Tok....

seronok gak baca.....Tok merajuk, Tok cubit sarah....Tok tak blh tido...
Quote UMMI_MAI 8-4-2021 05:16 PM
sarah82 replied at 8-4-2021 04:19 PM
Ada anak2 yg pakat2..buat giliran.. Jadi tak la rasa terbeban sangat kalau seorg yg jaga..

Ada  ...

Kakak sulong saya skrg jaga my parents . Alhamdulillah kami tong2 adik beradik bayar saguhati sebab dia dah takde tanggungan dah. Syukur kami adik beradik yg jauh ni ada org kat stay ngan parents yg dah both umur over 80.

Quote sarah82 8-4-2021 05:17 PM
jazaa100 replied at 8-4-2021 04:37 PM
Opah yg sarah jaga ni ok tak?...
mesti rindu kat arwah Tok kan.... Tok dah jd sebhg dari warga po ...

Opah ni nyanyuk dan degil juga mcm arwah tok.. Sedih kak jaza.. Kadang2 tgh tido terjaga sebab terasa mcm arwah tok panggil.
Quote sarah82 8-4-2021 05:21 PM
UMMI_MAI replied at 8-4-2021 05:16 PM
Kakak sulong saya skrg jaga my parents . Alhamdulillah kami tong2 adik beradik bayar saguhati seba ...

Alhamdulillah.. Rezeki..
Quote Lengkong 8-4-2021 05:31 PM
Gilir2 jaga..orang tua tak bosan duk satu rumah dan kurang sikit masalah dalam keluarga anak


Quote TomyamPuteh 8-4-2021 09:11 PM
Kita semua akn jd tua dan mmg ke arah itu pun. Belajar2 la utk memahami insan2 mulia ini....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038794 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top