Siapa sangka jodoh seorang gadis dikenali sebagai Ira Fazilah berusia 19 tahun dengan seorang warga emas dikenali sebagai Bora yang berusia 58 tahun. Menerusi laporan Suara Sulsel, pasangan pengantin mengenakan pakaian tradisional adat Bugis berwarna putih dalam majlis pernikahan dilangsungkan di daerah dataran tinggi di Pergunungan Bontocani.
Jelas Bana Ishak iaitu ketua kampung di situ, perkahwinan berkenaan berlangsung atas dasar suka sama suka tanpa ada sebarang paksaan. Difahamkan, sebelum berkahwin dengan gadis muda itu, pengantin lelaki pernah melamar wanita yang kini menjadi ibu mentuanya sendiri. Namun, lamaran tersebut ditolak dan sebagai ganti, anaknya ditawarkan untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Katanya, anaknya ketika itu sama sekali tidak menolak dan menerimanya dengan hati terbuka. Bercerita lebih lanjut, Ira Fazilah merupakan seorang anak yatim dan tinggal bersama tiga adik-beradik lain. Sumber: OHBulan
|
sarah82 replied at 8-4-2021 02:23 PM
Ira Fazilah berusia 19 tahun dengan seorang warga emas dikenali sebagai Bora yang berusia 58 tahun.
...
sarah82 replied at 8-4-2021 02:23 PM
Ira Fazilah berusia 19 tahun dengan seorang warga emas dikenali sebagai Bora yang berusia 58 tahun.
...
belacan_gurl replied at 8-4-2021 02:29 PM
Hahahahaha mereng jap aku....kaya kah lelaki ini...tua gila...dahla x hensem
ADVERTISEMENT