|
Susuk selebriti tinggi lampai yang yang terkenal dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu memang tidak boleh disangkal memiliki pesona dan aura tersendiri.
Bekas ratu cantik itu juga kekal relevan dan teguh berdiri dengan kelas tersendiri. Erra Fazira, satu nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan dalam dunia seni hiburan tempatan sebagai pelakon, penyanyi, pengacara atau duta produk. Kehidupannya sebagai selebriti tempatan telah meraih pelbagai sukses lebih-lebih lagi sebagai aktres filem mahupun naskhah televisyen. Kemenangannya meraih anugerah Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali menerusi filem Soal Hati (2001) dan Hingga Hujung Nyawa (2005) serta beberapa lagi anugerah lainnya menunjukkan kredibiliti wanita berusia 47 itu dalam bidang seni. Bintang terangnya dalam bidang seni tidak pernah menunjukkan petanda malap walaupun telah lebih dua dekad bersimbah cahaya glamor. Bergelar Erra, kehidupan peribadi jelitawan itu bagaimanapun tidak selancar dan seindah karier seninya. Dia juga wanita normal yang menjalani laluan berliku menyusuri takdir bernama jodoh. Pernah dua kali mendirikan rumah tangga, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek itu tampak reda dan menerima ketentuan bahawa mahligai yang dibina tidak bernoktah sehingga ke akhir hayat. Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal apabila perkahwinan keduanya bersama Engku Emran terlerai pada 2017, Erra sehingga kini masih selesa dengan kehidupan berstatus single bersama si permata hatinya, Engku Aleesya, 12. Sedikit waktu lalu, heboh juga tentang hubungannya dengan penyanyi, Shahir Zawawi apabila kedua-dua dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dan bakal mendirikan rumah tangga.
|
HoneyManjer: ye la...aku pun tanak mendara sampai sudah...hewhew




Hoola replied at 8-4-2021 10:20 PM
Makcik pun dh lama mnajndo
Tktau la smpai bilo
Dh 2021 ni..semua crush tk bran
annadonna replied at 8-4-2021 11:21 PM
Makcik masih bergetah ke acik?
scrocth replied at 9-4-2021 12:10 AM
Sultan2 dan tengku2 ni xminat ke nak jadikan erra bini? Erra ni mmg aura ratu dan permaisuri sgt kua ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.240758 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.