Pelakon, Ikmal Amry memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar percutiannya bersama isteri, Najla Shamsul di Langkawi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, baru-baru ini.
Ikmal menerusi Instagram Story berkata, dia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti di sana seperti mana yang didakwa netizen. "Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab hantaran saya itu ada mengguris hati netizen. Di sini, saya nak tekankan bahawa saya bercuti tanpa melanggar SOP," katanya. Ikmal berkata, dia menetap di Negeri Sembilan yang kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dia ke Kedah yang juga di bawah PKPP di mana ia memang dibenarkan.
"Kami mengikut SOP dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar seperti mana yang ditetapkan dan bukan menaiki kenderaan sendiri," katanya.
|
suweet replied at 9-4-2021 10:08 AM
Mamat ni ikut saluran yg betul pun minta maaf.
Yang rentas PKPB - PKPP pulak buat dunno, bagi jawap ...
mdhelmi replied at 9-4-2021 10:06 AM
alamak adik membe den
hazzy0304 replied at 9-4-2021 10:24 AM
kalau yang hat jantan, kim salam noooo
mdhelmi replied at 9-4-2021 10:27 AM
haah yg jantan
nk kim salam mungkin x sampai
repot kat abg dia jela
bondeh replied at 9-4-2021 11:09 AM
G mampos lah ko bercuti time cobid2 nih
ADVERTISEMENT