CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penerbangan Ditunda 2 Jam: Ibu Bapa Enggan Pakaikan Mask Untuk Anak

9-4-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2084| Komen: 4

Washington: Satu penerbangan terpaksa ditunda berikutan pergaduhan di antara satu keluarga dan pramugari gara-gara kanak-kanak berusia dua tahun tidak memakai pelitup muka.

Kejadian itu dilaporkan portal Independent apabila syarikat penerbangan Spirit Airlines dari Orlando ke Atlantic City terpaksa ditangguhkan dua jam selepas berlaku perselisihan faham.

Berdasarkan video yang dikongsi di Twitter, seorang pramugari meminta satu keluarga terdiri daripada empat orang untuk turun daripada pesawat kerana enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Foto: Twitter

Pasangan suami isteri itu dilihat memakai pelitup muka dalam video berkenaan.

Mereka dilihat bertanya kepada pramugari mengapa tindakan diambil terhadap mereka kerana sudah memakai pelitup muka.


Bagaimanapun, pramugari itu menunjukkan ke arah anak mereka berusia dua tahun yang sedang makan di pangkuan ibunya.

Ketika ibu bertanya: "Bayi ini?" dan pramugari itu dikatakan mengangguk dan berkata: "Ya."

Seorang penumpang lain dalam penerbangan itu juga mempertikaikan tindakan pramugari itu berikutan ramai kanak-kanak lain juga dilihat tidak memakai pelitup muka.

Syarikat penerbangan itu mempertikaikan dakwaan keluarga itu apabila terpaksa menunda pesawat mereka berikutan ketidakpatuhan ibu bapa itu serta bukan disebabkan anak, lapor Newsweek.

Syarikat penerbangan itu hanya mematuhi protokol standard dalam industri penerbangan untuk menangguhkan pesawat sekiranya seorang penumpang tidak mengikuti protokol Covid-19.

Syarikat penerbangan itu mengakui seluruh pesawat itu terpaksa ditunda kerana keluarga itu enggan turun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 9-4-2021 09:28 AM
WHO ke ckp bdk 2y below takyah kan?
Quote mdhelmi 9-4-2021 10:15 AM
patut suruh pramugari tu makan sambil pakai mask
Quote anaryu 9-4-2021 11:27 AM
sian parents tu jenuh pakaikan mask kat anak tu tapi budak kan..dok bukak balik jela..rimas..dhtu nak makan kan..ofkos la bukak..at last lepas delay 2jam..deme dapat juga on board dengan passenger lain & pramugari yang kerek tu kena tahan polis..rasain
Quote ReginaGeorge 10-4-2021 12:22 PM
Lepas budak tu makan nanti pandai la mak apak dia oujuk pakai mask

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067315 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top