CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pesanan Deep Untuk Pelakon Senior- Shaheizy Sam Tak Ada Masalah Dengan Instafamous

11-4-2021 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6371| Komen: 28|Original author: Oleh: Saiful

Sebelum ini ada segelintir pelakon senior yang kurang senang bila golongan instafamous menyertai bidang lakonan.

Namun bagi Shaheizy Sam, isu ini tidak sepatunya menjadi perdebatan kerana ia merupakan kitaran biasa seiring perubahan zaman.



Foto: IG

"Kita kena sedar sekarang ni banyak platform media sosial yang boleh popularkan seseorang, semua nak jadi influencer dan mahukan perhatian masyarakat.

"Dalam hal ini, saya tak salahkan pelakon baharu atau pelakon lama sebab semuanya atas kehendak stesen televisyen, mereka orang berniaga semestinya mengharapkan pengikut untuk menonton, walaupun kayu tak apa! Mungkin itu pegangan mereka, ini semua kitaran biasa dalam industri.


"Pelakon senior termasuk saya zaman dahulu tak ada platform media sosial dan kita hanya harap pada bakat, semua bergantung bakat... kita tunjuk bakat supaya orang suka untuk tengok lakonan kita tapi sekarang zaman dah berubah," katanya kepada mStar.



Tambah suami kepada Syatilla Melvin ini, setiap pelakon tak kira baharu atau lama haruslah berpegang pada adab dan saling menghormati antara satu sama lain.

"Bagi saya mereka semua ada nilai dan kelebihan sendiri... kena balik semula pada diri dan ingatlah kita ini hanya hamba Allah, jadi perlu ada adab. Tak kisah la kau lama atau baru.

"Hormat antara satu sama lain, orang lama pula jangan ingat dia budak baharu nak tunjuk power. Kita hormat jaga adab sesama kita.

"Kita orang Malaysia dah diajar tentang adab sejak kecil... walaupun mereka muda, kita yang dah tua ni kena tunjuk contoh yang baik supaya jadi teladan."



Sam juga tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon baharu.

"Saya bukan nak cakap tipu, saya ni nak tengok TV pun tak ada masa, siapa pelakon baharu pun saya tak tahu... mesti ada pelakon baharu ingat saya sombong sebab tak kenal mereka tapi itulah hakikatnya.

"Kalau nak bekerja dengan pelakon baharu saya tak ada masalah sebab pegang pada prinsip, jika pengarah itu bagus semestinya pelakon yang dipilih juga bagus... saya percaya tentang hal itu."

Dalam pada itu Sam kini lebih selektif dalam memilih naskhah lakonan.



"Saya ingin fokus terhadap bisnes ini... malah sejak tahun 2015 lagi saya lebih selektif memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai.

"Awal tahun ini pula saya mula fokus perniagaan coklat ini dan melihat ia berpotensi untuk dibangunkan dengan sebaiknya. Kalau artis lain tertumpu pada produk kecantikan, saya pula memilih bidang makanan." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 11-4-2021 12:21 PM
Macam2 lah. Itu ini
Quote shernazz 11-4-2021 12:57 PM
Okay la tu
Iols nak goreng telow jap
Quote songhara1226 11-4-2021 01:14 PM
shernazz replied at 11-4-2021 12:57 PM
Okay la tu
Iols nak goreng telow jap

Iolls nak scrambled egg ye, black pepper lebih sikit
Quote shernazz 11-4-2021 01:16 PM
songhara1226 replied at 11-4-2021 01:14 PM
Iolls nak scrambled egg ye, black pepper lebih sikit

Black pepper sarawak ni
Nnt meletop uols
Sikit sikit sudah
Hahaha
Quote songhara1226 11-4-2021 01:19 PM
shernazz replied at 11-4-2021 01:16 PM
Black pepper sarawak ni
Nnt meletop uols
Sikit sikit sudah

, x pe lah meletop pon sebab thread ni sendu sangat
Quote salmon-suki 11-4-2021 01:20 PM
Ok laaa..sejak membelon ni,dah xnampak pn dia berlakon..ofkos laa nak kena terima walaupun yinstapeymes tuh kayu kayan.. kang xterima,xde offer job lgsg..
Quote Kurex 11-4-2021 01:22 PM
Jaga keluarga isteri kau yg masing2 muka tua tu dah la. Dah la dari akak sampai ke adik tua sebelum usia, taknrelevan, pprr, rempit, busuk, kerak, takde nilai komersial, yg cuma ada kome sial! Puihhhh
Quote shernazz 11-4-2021 01:33 PM
songhara1226 replied at 11-4-2021 01:19 PM
, x pe lah meletop pon sebab thread ni sendu sangat

Sadis kan thread neh
Dgn kepam san lagi
Tu yang iols gi goreng telur dulu tu
Quote alieyrina 11-4-2021 01:44 PM
Kelubung kuning tu bukan acik zz kan
Quote bluebutter 11-4-2021 06:21 PM
Syatila ni in my eyes cantik dia.
Quote nordin84 11-4-2021 06:31 PM
salmon-suki replied at 11-4-2021 01:20 PM
Ok laaa..sejak membelon ni,dah xnampak pn dia berlakon..ofkos laa nak kena terima walaupun yinstapey ...

da ipar duai pun istapomos..kang mengata kang sentap plk bini haha
Quote riena3321 11-4-2021 06:44 PM
sbb adik ipor ko instafamos kannn..
Quote sfrnna 11-4-2021 07:28 PM
Ingat lagi dia menang anugerah bintang popular dulu. Filem2 semua muka dia je. Sekarang dah sendu dan kepam. So retis2 bbnu ambil la iktibar... Femes ni kejap je. Kayu ke tak, siap2 la simpan duit, bisness, invest apa yang patut untuk rasa financial freedom dimasa sendu. Ni dahla tak abis sekolah, takut dah tua harap simpati seniman. Tu pun kalau orang ingat la. Meols tgk pelakon skrg cam 1 season wonder. Pastu hilang ditelan bbnu baru muda sado bergetah. Tak sempat nak kenal career dah kekuburan
Quote salmon-suki 11-4-2021 07:34 PM
nordin84 replied at 11-4-2021 06:31 PM
da ipar duai pun istapomos..kang mengata kang sentap plk bini haha

Jaga periuk nasi sambil cubaan utk bangkit drpd belon..terpaksa side dgn yinstapeymes y ntah hape2 ..ntah apa y best psl yinstapeymes melainkan kebodohan y ditunjuk.. yinfluenza ngn yinstapeymes..sama2 sampah
Quote nordin84 11-4-2021 07:59 PM
sfrnna replied at 11-4-2021 07:28 PM
Ingat lagi dia menang anugerah bintang popular dulu. Filem2 semua muka dia je. Sekarang dah sendu da ...

iols x nafikan sam mmg berbakat.. even family dia pun org seni lakon atau nyanyian.. tp tu la, sejak bertukar imej gundu plus bini rempit.. dia da hilang arah da.. harapkan polis evo jela
Quote Mulotkoyak 11-4-2021 08:05 PM
Awat teeukk sgt shahiezy sam ni... Dlu nnpk kemas kini nmpk kepam
Quote ninnamina 11-4-2021 09:55 PM
Geli la sam ni. Nampak Selekeh
Quote Nham22 11-4-2021 10:11 PM
Duiiit banyak hasil dr bang ipaq yg kaki kaut semueeeeee dekat sabah nun... Wat apa die nak susah payah dalam. Industri.......
Quote slyfynx 11-4-2021 10:18 PM
Ape yang deep nye?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.201224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top