Baru-baru ini, tular mengenai status halal premis makan Empire Sushi seperti dikongsikan pengguna twitter yang menggunakan akaun nama @bamdult. Dia memuat naik tangkap layar dari laman sesawang halal.gov.my menunjukkan sijil halal Empire Sushi telah ditarik balik. Susulan pendedahan tersebut, Empire Sushi tampil menjawab kekeliruan tersebut. Rupa-rupanya, Empire Sushi baru sahaja menukar nama pendaftaran syarikat dari Empire Sushi Sdn Bhd kepada Empire Sushi Group Sdn Bhd.
Jadi kini mereka sedang menunggu kelulusan dari BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM). Fuh lega kerana status halal makanan tidak boleh diambil mudah. Tambahan pula, Islam telah meletakkan garis panduan halal haram jelas dalam pengambilan makanan minuman. Ia sebahagian tuntutan ibadah. - CARI |
sarah82 replied at 14-4-2021 03:14 PM
Aku x pernah beli sushi dari sini.. Aku suka sushi jalanan.
cikpah27 replied at 14-4-2021 04:48 PM
Aku pun selalu jugak beli sushi jalanan.. Tapi tak jumpa lagi yang sedap.. Ada yang rasa macam nas ...
cikpah27 replied at 14-4-2021 04:48 PM
Aku pun selalu jugak beli sushi jalanan.. Tapi tak jumpa lagi yang sedap.. Ada yang rasa macam nas ...
rikuren: husnuzon je lah..mungkin sushi yang ada ciri kemelayuan hihi
sarah82 replied at 14-4-2021 03:14 PM
Aku x pernah beli sushi dari sini.. Aku suka sushi jalanan.
tukul replied at 14-4-2021 09:15 PM
Sedap sara...i suka yg octopus tu...
cmf_almondpecan replied at 14-4-2021 09:17 PM
Sedap juga sushi abalon dgn sushi lobster empire ni pedas2 sikit
ADVERTISEMENT