CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Terduduk- Shuk Sahar Janji Tak Akan Curang Lagi

12-4-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3933| Komen: 16

Pelawak Shuk Sahar serik dan berjanji tidak akan curang lagi terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera.

Gara-gara kontroversi terbabit, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mendedahkan kehidupannya terjejas apabila kehilangan gaji setahun selepas kontrak di stesen radio Hot FM ditamatkan.


Shuk berkata, walaupun kehilangan punca pendapatan, hubungan dia dengan isteri serta ahli keluarga lain semakin rapat.


Foto: Harian Metro

"Ya, sudah tentu saya tak akan melakukan perkara sama (curang). Apa yang berlaku itu benar-benar memberi kesan kepada kehidupan saya. Saya memang terduduk. Boleh katakan saya hilang gaji selama setahun selepas diberhentikan dari stesen radio.


"Kebetulan pula, saya sudah habiskan wang simpanan untuk ubah suai rumah kerana kontrak dengan stesen radio akan tamat pada 2023. Bukan saja saya hilang kerja di stesen radio, tapi beberapa tawaran untuk program TV pun ditarik semula.

"Namun, saya tetap bersyukur kerana selepas apa terjadi, hubungan saya dengan isteri dan ahli keluarga semakin rapat. Saya juga dapat semula keluarga. Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar," katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama kafe air minuman dan manisan, Semooth di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Krisis rumah tangga dan isu curang membabitkan Shuk akhirnya makan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah dan ditamatkan kontrak.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik semula dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak dan keluarga.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.

Dalam pada itu, cawangan pertama Semooth adalah kebangkitan Shuk selepas dikecam sebelum ini hingga mengakibatkan kehilangan beberapa tawaran kerja.

"Memandangkan sudah tidak lagi berkhidmat di Hot FM, saya perlu ambil langkah dengan cepat untuk menyara keluarga. Jadi, saya bersama seorang lagi rakan kongsi cuba fikirkan idea terbaik untuk memulakan perniagaan. Akhirnya kami bersepakat untuk membuka kafe minuman. Insya-Allah kami dalam perancangan untuk membuka beberapa cawangan lagi selepas ini.

"Apabila rezeki dalam bidang seni terjejas teruk, saya kena cari alternatif. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan rakan kongsi yang sudi membantu.

"Malah saya selalu menghubungi pelawak Shuib bagi bertanyakan selok-belok perniagaan. Saya sering meminta nasihat dan tunjuk ajar daripadanya," katanya.

Menurut Shuk, Shuib seorang yang tidak kedekut ilmu malah banyak membantunya.

"Walaupun perniagaan yang saya usahakan hampir sama dengan perniagaan yang dijalankannya, Shuib tak kisah, malah dia mengajar saya beberapa perkara.

"Saya akui nak jalankan perniagaan ini tak mudah, tapi Shuib pesan kalau tak cuba tak tahu dan sekali dah buka, kena konsisten serta fokus," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 12-4-2021 12:25 PM
Hurmmmm jelahhh...esok nak puasa ni... malassssssssssssss pulak nak cerca...
Quote Brunes 12-4-2021 12:32 PM
cheater will always be a cheater, this serves you right
Quote GummyBear123 12-4-2021 12:57 PM
adakah bermaksud kalau pendapatan tak terjejas, dia akan teruskan dengan kecurangan?
Quote prettyuglybabe 12-4-2021 01:15 PM
sesi cuci diri ke?
Quote AKAZ85 12-4-2021 01:35 PM
So betina farah tu mana melingkup?? Jangan time macam ni ko lari.. Dan2 si gemuk ni berduit balik datang tadah cikpet ko..
Quote eyansss 12-4-2021 01:36 PM
GummyBear123 replied at 12-4-2021 12:57 PM
adakah bermaksud kalau pendapatan tak terjejas, dia akan teruskan dengan kecurangan?

yessss...  hahaha...
Quote fido_dido 12-4-2021 01:52 PM
kebodohan apakah ini? dah xde job boleh la janji tak mencurang..dahla bukan sekali buat perangai..bini pon sama je 2x5 lepastu marahkan netizen..eh memang sekufu la kau berdua nih
Quote ninnamina 12-4-2021 02:01 PM
Wartawan xda artis lain ke ko nak buat berita ha?
Quote laksmanabentan 12-4-2021 02:29 PM

yea la kot2 ada yg nak panggil program berbuka puasa bersama ker siss...
jemput laa.... hihihi....
Quote SeriBunga 12-4-2021 02:45 PM
suami diuji masa banyak duit, isteri diuji masa susah..  xde job ni, ingat la kat bini n keluarga. jgn esok job da mencurah2, lain pulak citenye
Quote izat123 12-4-2021 02:51 PM
Terduduk lah mamat ni. Kat muzikal lawka tu pun terus tersingkir sebelum final hahaha
Quote bottombikini 12-4-2021 02:52 PM
takde cite lain ke selain cite si patrick ni
Quote taji2906 12-4-2021 03:20 PM
apsal citer ni dah 2-3 kali keluar? betul2 terduduk ni. nk up diri balik. btw aku rasa dia ni takde bakat pun. mcmne la boleh jd penghibur. cakap dgn suara berkahak sgt, lawak tak best, selalu ada lucah2. ntah la.. rezki dia kejap jadi penghias tv
Quote riena3321 12-4-2021 03:39 PM
kesimpulannya.. jgn bagi dia ada duit balik
Quote salmon-suki 12-4-2021 03:40 PM
Watevaaa laa..padan muka lakibini. Skrg laki duk merempan cubaan menaikkan nama kembali..anak2 mangsa sebenar kebodohan lakibini
Quote makita 12-4-2021 08:48 PM
Maksudnya miskin tu lebih baik utk ko..terpelihara sket perangai..kan..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050985 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top