|
Tidak semena-mena, tersebar foto pasangan kekasih, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang didakwa bertunang, lantas menjadi topik hangat netizen, sejak beberapa hari lalu.
Terjerat dengan spekulasi itu, Instagram (IG) Ismail dan Shalma masing-masing dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk artis. Bagaimanapun, ibu Ismail, penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam tampil menjelaskan perkara sebenar. "Ismail dan Shalma belum bertunang. Foto itu dirakam pada majlis resepsi anak sulung saya, Nur Izzati Zainal di sebuah hotel di ibu negara, Rabu lalu. "Nur Izzati bernikah pada 13 Mac lalu. Tidak sangka, disebabkan foto itu, ramai menyangka Ismail dan Shalma sudah bertunang," katanya kepada BH Online.
Suliza berkata, pada majlis resepsi itu, Ismail turut mendendangkan beberapa lagu untuk kakaknya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.795479 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.