Seorang lelaki bertindak menikam isterinya sebanyak 25 kali hingga mati di sebuah pasar di Delhi, India, lapor TNN. Dalam kejadian di Budh Vihar di barat laut Delhi, insiden tersebut turut dirakamkan orang awam.
Berlaku di siang hari, kejadian itu turut disaksikan orang awam tetapi mereka tidak tampil menyelamatkan mangsa. Menurut laporan NDTV Online, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan dibunuh oleh suaminya yang mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit. Suspek turut mengancam orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tidak masuk campur mahupun menyelamatkan mangsa.
Polis berkata, mereka telah menahan suspek yang bekerja di sebuah biro perkahwinan. -CARI Sumber: mStar/ India Times
|
batmana replied at 13-4-2021 01:01 PM
lebih 25 tikam..gile punya org
org sekeliling pun bodo
ADVERTISEMENT