Lelaki Jordan dilapor menceraikan isterinya kerana disahkan positif Covid-19 sebanyak tiga kali dalam masa beberapa bulan, lapor Gulf News baru-baru ini. Menurut lelaki itu, perceraian yang mengakhiri perkahwinan selama 15 tahun itu adalah hukuman buat isterinya yang dianggap cuai kerana gagal melindungi diri daripada Covid-19.
“Saya menceraikan isteri saya dan tidak akan rujuk semula dengannya tidak kira apa berlaku. “Dia dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali kerana keluar membeli-belah dengan rakan-rakannya. Saya tidak mahu mati hanya kerana dia cuai,” tulisnya di laman Facebook. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Jordan telah menyaksikan lonjakan kes Covid-19 yang agak luar biasa. Negara dengan populasi 10 juta penduduk setakat ini melaporkan 659,250 kes positif termasuk 7,646 kematian dan 581,170 kes sembuh.
Sumber: Kosmo!
|
kuzaime replied at 12-4-2021 05:21 PM
Virus covid ni bukan benda yg kau boleh nampak dgn mata kasar. Sapa aje yg rela dijangkiti.
kuzaime replied at 12-4-2021 05:21 PM
Virus covid ni bukan benda yg kau boleh nampak dgn mata kasar. Sapa aje yg rela dijangkiti.
ADVERTISEMENT