Sepanjang bulan Ramadan, tidak dilupakan dengan makanan Sunnah iaitu kurma. Kebiasaannya, kita langsung memakan kurma yang dibeli tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Salah ke kalau makan terus kurma yang dibeli tanpa membasuhnya? Tidaklah salah, namun tular sebuah video pendek di TikTok yang menunjukkan cara mencuci buah kurma yang baru dibeli sebelum memakannya. Menurut perkongsian gadis tersebut, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran dari buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya. Cara basuhannya mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air yang dicampuri garam selama 10 hingga 15 minit sebelum disimpandi dalam bekas bertutup.
Bagaimanapun, ramai juga warga maya mempersoalkan cara tersebut kerana khuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh. Namun, gadis dikenali dengan nama Azween Muzani itu membuat perkongsian video lain menunjukkan buah kurmanya yang melalui proses basuhan dari bulan Januari, bertahan sehingga kini. Walaupun pelbagai persoalan timbul, Azween menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Sumber: KoolFM
|
lavendernovella replied at 13-4-2021 11:54 AM
Aku sorang ja kot yang makan terus ... {:smile
esbok replied at 13-4-2021 01:12 PM
sis tak keseorangan.
aku baru tau ada orang basuh kurma dulu.
Meiizu replied at 13-4-2021 12:35 PM
Aku pun makan je.So dah ber3 lah kita hahah
esbok replied at 13-4-2021 01:12 PM
sis tak keseorangan.
aku baru tau ada orang basuh kurma dulu.
lavendernovella replied at 13-4-2021 11:54 AM
Aku sorang ja kot yang makan terus ... {:smile
jazaa100 replied at 13-4-2021 07:15 PM
Eh tak lah.....
aku pun mkn terus......
ADVERTISEMENT