Bekalan vaksin Covid-19 untuk negara membangun kurang kerana ia dibolot oleh negara maju. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, itu merupakan situasi zalim dan tidak adil yang menyebabkan negara miskin sukar mendapat vaksin tersebut.
Katanya, keadaan itu mengingatkannya kepada filem Titanic yang mana golongan kaya yang berada di kelas pertama mempunyai bot keselamatan yang miskin dibiarkan lemas. Perkara itu katanya, turut menjejaskan program vaksinasi di negara ini ekoran jadual penghantaran adalah seperti sedia ada. “Kita tidak diberi keutamaan, perlu beratur menunggu giliran manakala negara kaya membeli bekalan yang mencukupi untuk memvaksinkan rakyat mereka untuk tiga, empat, lima kali. “Jika ini bukan ketidakadilan, maka saya tidak tahu apakah ia. Dan kami sedang cuba yang terbaik untuk memastikan program vaksinasi kita berjalan sehingga selesai, bukan hanya untuk kesihatan awam, tetapi juga untuk pemulihan ekonomi yang amat penting,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan Kemampanan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini, hari ini.
Setakat ini vaksin Covid-19 Malaysia diperoleh daripada lima pengeluar termasuk dari China dan Russia. Sumber: Suara Merdeka
|
ais_kosong replied at 13-4-2021 08:26 AM
Vaksin kat Malaysia pun double standard ada hati nak pertikai.
Bongok punya olang!!!
n3ar replied at 13-4-2021 07:16 AM
Sama je la kat malaysia pun.. Orang kaya, berada & ada kabel bolot vaksin dulu
mikasa replied at 13-4-2021 04:15 PM
Abis .dengar khabar ada 1200 pekerja resort yang dapat vaksin tu pulak apa citer KJ? Harap tak betul ...
uda replied at 13-4-2021 04:10 PM
Betul., setuju.
Golongan kayangan boleh potong que, boleh dapat pfizer. Rakyat marhain dapat sino ...
ekod79 replied at 13-4-2021 08:19 AM
Dah ahli politik yg memundurkan negara, anak babah toksah nak merengek psl keadilanlah
ADVERTISEMENT