Seorang lelaki memberi alasan terpengaruh dengan video dewasa hingga nekad memperkosa anak kandungnya yang masih di bawah umur. Kejadian di Jawa Timur itu terbongkar apabila ibu mangsa membuat laporan polis.
Menurut laporan TribunNews, suspek berusia 46 tahun itu dalam proses bercerai dan dia dan isteri sudah tujuh tahun tidak tidur bersama. Difahamkan, perbuatan keji suspek terbongkar selepas isterinya berusia 30 tahun berasa curiga apabila melihat anaknya dalam kesakitan ketika berjalan. Bagaimanapun, mangsa ketakutan apabila ditanya ibunya. Namun, nalurinya kuat merasakan ada sesuatu menimpa anaknya. Dia kemudian membawa anaknya untuk diperiksa sebelum mendapati kesan luka pada bahagian intim mangsa. Selepas didesak, barulah mangsa menceritakan tindakan bapanya yang telah menghancurkan masa depannya.
Kes berkenaan dilaporkan seminggu kemudian sebelum suspek ditahan pada Ahad lalu. Menurut isteri suspek, sepanjang proses cerai anak mereka tinggal di rumah neneknya di Wates. Munkin rindukan anaknya, suspek mengajak mangsa bersiar-siar sebelum diajak pulang ke rumahnya. Ketika menginap di rumah bersamanya, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak yang tidur di sebelahnya dipercayai selepas menonton video lucah di telefon pintarnya. Akuinya, dia tidak berniat memperkosa anaknya, namun terpengaruh selepas menonton video berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT