Bersempena bulan mulia ini, Nonny Nadirah akhirnya membuka mulut meminta maaf. Bagaimanapun, menerusi penulisannya di Instastory dia tidak menyatakannya secara terperinci.
Pun begitu, dia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. Hanya Allah yang mengetahui segala isi hati, katanya. "Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian berlainan," tulisnya yang menyatakan kesediaannya menerima setiap kritikan terhadapnya dengan hati yang terbuka. Betullah kata Nonny, zahirnya memang nampak mudah tapi tak semua orang mampu menghadapinya. Apapun, doakan sajalah yang terbaik buat Nonny. - CARI
|
ADVERTISEMENT