CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kereta Mahal Tapi Tak Ada Adab, Dah 'Double Park' Mulut Macam Puaka Pula

13-4-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10612| Komen: 46

Amalan double-park boleh dikatakan perkara biasa berlaku di mana-mana tempat atas sebab kekurangan tempat letak kereta. Lebih merumitkan apabila pemilik kenderaan tidak meninggalkan butiran untuk dihubungi bagi mengalihkan kenderaan.




Terbaru, seorang wanita meluahkan kekecewaan melalui ciapan Twitter terhadap pemilik kereta Honda Civic yang bertindak ‘kurang beradap’ dengan menghalang laluan tempat letak kereta selama lebih satu jam di sebuah hotel.

Menerusi ciapannya, Amallina hadir ke sebuah hotel kerana mempunyai tugas solekan seorang pelanggannya di situ. Ketika hendak pulang, dia mendapati sebuah Honda Civic menghalang satu-satunya laluan untuk dia keluar.


 

Kredit foto: Twitter

Amallina terlebih dahulu mencuba untuk mengeluarkan keretanya, tetapi gagal disebabkan ruangan yang tidak mencukupi. Dia kemudian menghubungi pelanggannya untuk memaklumkan situasi itu kepada pihak hotel.


Kredit foto: Twitter

Sementara menunggu lebih kurang 15 minit, Amallina ternampak seorang pengawal keselamatan dan meminta bantuannya. Namun usaha mereka gagal sebelum dia meminta bantuan salah seorang staf.



Difahamkan, usaha pihak hotel cuba mendapatkan nombor telefon pemilik Honda Civic terbabit juga gagal. Jadi, dia sendiri cuba untuk mengeluarkan kereta Amallina, ternyata ruangan tidak cukup luas untuk keretanya keluar.

Akhirnya, staf berkenaan membuat keputusan untuk membuat pengumuman bagi mencari pemilik Honda Civic tersebut. 

Menurut Amallina, setelah pengumuman kali kedua dibuat, barulah pemilik kereta turun ke tempat letak kereta untuk mengalihkan kenderaannya.

Keadaan menjadi tegang apabila Amallina sedang mengeluarkan kereta, dia terdengar wanita terbabit mengutuknya dengan kata-kata kurang enak didengari.

Menurutnya, dia tidak mahu melanjutkan isu ini kerana dia sudah terlambat untuk menghadiri urusan lain ketika itu.



Tetapi, disebabkan pemilik kereta tersebut bertindak ‘kurang beradap’ ketika dia masih berada di tempat kejadian, dia memberi respons balas bagi mempertahankan dirinya.


Sumber: The Vocket

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 13-4-2021 09:10 AM
Dah kenapa nk censored plat tuh..mcm mana aku nk tau siapa ownee dia nk tlg sekolahkan
Quote nazzse 13-4-2021 09:21 AM
Nak suruh sekolahkan, no plat censored..
Apa2 je lah
Quote rospinki 13-4-2021 09:27 AM
Same kes dgn driver keta tepek sticker "save palestine" sama2 beramal. Tapi menghalang jalan dan memotong tanpa sigenal..hamlau. ckp yo yo tapi nan hado..pigi dah..sama level penunggang agama.
Quote aderaderker 13-4-2021 09:32 AM
Honda Civic tu kereta mewah ke,  oooo baru tau..

Tp respon gitu mmg celaka la tak kisahlah bawak kereta apa..
Quote hareeeesah 13-4-2021 09:39 AM
rospinki replied at 13-4-2021 09:27 AM
Same kes dgn driver keta tepek sticker "save palestine" sama2 beramal. Tapi menghalang jalan dan mem ...

Ini aku selalu kena. Bangsa terus buat extra lane terus pancung stop. kat kereta sticker sebesar kereta lailahaillallah.. allah muhammad. Dalam berkopiah. Kau ingat kau sorang je ada hala tuju. Orang lain yang in queue ni nak tidur atas jalan ke
Quote ally9970 13-4-2021 10:12 AM
Mana keta mewahnya? Honda civic tu ke referred as keta mewah?
Quote prettyuglybabe 13-4-2021 10:26 AM
Edited by prettyuglybabe at 14-4-2021 11:16 AM

mewah la sangat honda civic tu..
tengok kat mana entah plate dia VCA6155..

Quote salmon-suki 13-4-2021 11:59 AM
Kelmarin pn ada ai tgk kete H ni double park..pstu kete y kena block tu nak keluar,mujur laa xlama dia tggu,rupenye kete H tu sggah beger king,ada resit pjg lebor kt tgn,maybe tgh tggu order kot...y ni ok sket sbb owner kete H tu msti duk perati kete dia tp tulaa,kalau y double park ni,mohon ltk no contact,senang org nk contact...

Baidewei,utk y ni,dia ckp pakgad y suh park situ kan..cuba tny pakgad betul ke x..n lg satu,dah block kete org xkan lerrrrr xreti tggl no fon?kete besar otak kecik?ke dah tercicir otak kt mana2?
Quote Artemesiaa 13-4-2021 01:04 PM
Ala kereta pun masih hutang bank tak habis lagi bayar banyak pulak lagaknya.  Ramai je jenis selfish macam mereka tu zaman sekarang.  Hidup kalau tak boleh membantu tak perlu menyusahkan orang pulak.
Quote tipah89 13-4-2021 01:09 PM
zaman la ni mmg byk orang yg xde  common sense. n
Quote bakingsoda 13-4-2021 01:11 PM
kete civic tapi owner takde sivik
Quote Kerexxx 13-4-2021 04:56 PM
aderaderker: Honda Civic tu kereta mewah ke,  oooo baru tau.. Tp respon gitu mmg celaka la tak kisahlah bawak kereta apa..

Tak ramai mampu beli sis.... apatah lg accord.
Quote azimodin 14-4-2021 09:01 AM
Aku pon kena masa gi kk checkup kandungan. Babi betul myvi tu. Dah la aku tengah sarat, nak gi kerja lepas checkup. Xde nombor telefon. Handbreak dia turun tapi x daya la aku menolak. Lama jugak aku mengunggu, sampai kena gi reception & minta buat announcement. Nasib baik ada pakcik yg baik hati tolong tolak. Yg aku lagi hangin, banyak parking kosong kot. Malas nak jalan punya pasal, sanggup menyusahkan korang lain. Haramjadah betul
Quote nazzse 15-4-2021 11:47 AM
salmon-suki replied at 13-4-2021 03:59 AM
Kelmarin pn ada ai tgk kete H ni double park..pstu kete y kena block tu nak keluar,mujur laa xlama d ...

dah ada video pun kat twitter, jantan ni sendiri yg post. Tempat dia parking tu actually jalan keluar so kereta perempuan tu tak lepas nak keluar. Pak guard suruh parking tengah sikit, lepas je pak guard gi dia betulkan parking rapat ke tepi, terus kereta tak boleh keluar.

Laki bini ni polis ya, inspektor lagi. Dua2 bengap guna kuasa konon nak tunjuk tak salah, last2 kena londeh dek ummah twitter, terus delete twitter & socmed   


Quote paanz 15-4-2021 12:07 PM
nazzse replied at 15-4-2021 11:47 AM
dah ada video pun kat twitter, jantan ni sendiri yg post. Tempat dia parking tu actually jalan kel ...

wah..
dieorang polis eh
guna kuasa la tu
Quote eLiaD 15-4-2021 12:44 PM
owner yg kne block ni bwa Myvi sah ii la keta King of the road mmg la rasa tercabar..RiP
Quote izwan_izi 15-4-2021 01:00 PM
Sejak bila brand Honda ni jadi kereta mewah..?

kereta rakyat marhaen je pon...sama mcm waksegan (VW)..kereta rakyat..

Quote BicaraHatiku 15-4-2021 01:01 PM
kereta mewah
Quote ina_na 15-4-2021 01:18 PM
Patut la yg ade kete H ni ramai yg membongak.. Kete mewah rupa2nye.. Tp still kalah gan king myvi.. Hahaha.. Seram oo kalo bawak kete kn cucuk gan king.. Bg la king jln dl..hahaha

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.196391 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top