"Susah ke nak masak hari-hari, suami saya tak suka lauk frozen, anak-anak pun nak makan yang panas-panas ja." Ramadan baru sehari, belum berbuka pun lagi tetapi macam-macam cerita yang boleh dibaca dan didengari. Di laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang terkenal dengan perkongsian menu menjadi kecoh apabila pelbagai pendapat diutarakan oleh ahli group. Ianya bermula dengan seorang pengguna FB yang meletakkan gambar menu masakan yang disejuk bekukan untuk tujuan bersahur dan berbuka puasa selama seminggu.
Rentetan itu, ada komen yang menyatakan ianya cara tidak sihat untuk menyediakan hidangan kepada keluarga. Betul ke? Menurut Afrina, menu-menu tersebut disiapkan selama tiga jam untuk digunakan dalam tempoh seminggu berpuasa. Ada yang memujinya rajin menyediakan menu-menu tersebut tetapi ada juga yang menyatakan ianya tidak kena dengan selera mereka. Ianya membuatkan netizen lain berasa menyampah dengan komen tersebut. Mengapa perlu membandingkan kaedah memasak dengan orang lain? Perlu ke bagitahu satu dunia yang suami awak tak suka frozen? Bagaimanapun, ada juga yang memuji kaedah tersebut kerana ianya memudahkan isteri dan ibu-ibu yang bekerja. Maklumlah, balik bekerja boleh terus panaskan. Masa yang ada, boleh dimanfaatkan dengan perkara lain. Jadi, begitulah, tidak semua perkongsian akan digemari oleh semua orang kerana masing-masing mempunyai cara sendiri. Apa yang penting, berlapang dada dan raikan perbezaan. Atau memang bahaya makanan frozen? - CARI |
Meiizu replied at 13-4-2021 01:27 PM
Cuma nak tegur...masak sayur utk frozen tak sesuai.lauk je .
sarah82 replied at 13-4-2021 12:16 PM
Aku ok saja makan frozen.. Korang ni la... Mungkin angpa x sibuk sebab tu boleh masak hari2..org lai ...
ADVERTISEMENT