|
Kehidupan peribadi Dimas Beck jarang dikongsikan kepada umum namun baru-baru ini menerusi saluran YouTube Nikita Mirzani, anggota kumpulan Bukan Bintang Biasa itu bercerita mengenai ciri-ciri wanita idamannya.
Memetik laporan Liputan6, Dimas mendedahkan salah seorang wanita idamannya adalah Laudya Cynthia Bella dan turut mengakui dia sangat menyayangi aktres tersebut "Bagi saya, Bella seorang yang sangat baik. Saya sangat sayang dia, benar-benar menyayanginya. Kami dah melalui macam-macam cabaran bersama sebab sudah lama mengenali satu sama lain," katanya. Sebelum ini, Laudya yang juga salah seorang pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.
Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik. Selain Laudya, Dimas turut memberitahu dia sangat mengagumi dan memuji kecantikan selebriti terkenal Luna Maya. -CARI Sumber: mStar Online
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.174051 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.