Lantang bersuara mengenai selebriti dan instafamous menyalahguna kebenaran rentas negeri baru-baru ini, penyanyi Datuk Hattan menjelaskan tegurannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, mana-mana individu yang mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri sepatutnya menggunakan peluang itu dengan baik. Bagaimanapun, Hattan yang kini berusia 57 tahun ini menjelaskan teguran tersebut juga dibuat berdasarkan fakta yang betul bukan sekadar bercakap kosong. “Saya banyak tegur berdasarkan fakta... sama seperti minggu lalu yang saya tegur tentang rentas negeri. Teguran itu disebabkan membabitkan ramai pihak tapi bukan ditujukan kepada seorang selebriti sahaja.
“Ia untuk semua orang secara meluas. Bagi saya, kalau dah dapat peluang untuk ke mana-mana, janganlah salah guna. Sebab kalau peluang itu disalahguna, akan membabitkan semua orang. “Salah ke saya nak tegur? Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak buat teguran itu? Saya bukan beri teguran secara membabi buta. Bila saya rasa fakta itu betul, saya akan kongsi dan ia hanya pendapat peribadi, ” katanya kepada mStar. Hattan ditemui ketika majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta produk minuman jenama Stobu di Out Of Afrika Restauran & Bar di Petaling Jaya pada Isnin. Sebelum ini, penyanyi yang terkenal berbicara menggunakan bahasa Negeri Sembilan itu menegur segelintir selebriti dan instafamous yang menyalahguna pelepasan rentas negeri. Malah penyanyi lagu Gadis Jolobu itu turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang seronok memuat naik aktiviti mereka di media sosial sekali gus mengundang kemarahan netizen. Dalam pada itu, Hattan juga memberitahu dia tetap akan bersuara terutama isu melibatkan industri muzik seperti mana dia menegur persembahan penyanyi Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu yang ke 35. Bagi Hattan, dia juga kurang gemar melihat sikap segelintir artis yang hanya memuji di hadapan namun tetap bercakap buruk di belakang rakan selebriti lain. “Saya akan bersuara... contoh fasal muzik, kalau ada yang tak kena, saya akan tegur dan ia adalah pendapat peribadi saya. Jadi, kalau nak dengar, dengar la. Saya rasa sakit jiwa bila tak ada orang tegur. “Sesama artis ini asyik memuji sahaja tapi padahal belakang, kutuk lain. Tapi macam saya bukan kutuk, saya hanya beri semangat. Mereka sepatutnya ambil teguran secara positif, anggap ia pembakar semangat untuk masa depan. “Takkan nak puji sahaja... bila tak puji, jadi menyampah pula. Saya dan rakan senior industri terutama sifu saya iaitu M Nasir selalu berbincang mengenai industri seni. Kalau ada nampak kelemahan, kena la tegur, ” ujarnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
nadie90 replied at 13-4-2021 01:23 PM
Ceq tringt msa Mawi nyanyi lagu Dato' Hattan
masa konsert AF3....wlpun bru mggu pertama Mawi menya ...
ADVERTISEMENT