Tidak dinafikan rakyat Malaysia cepat beradaptasi dengan trend di media sosial. Terkini, aplikasi Tik Tok menjadi ikutan ramai orang hingga ada yang mengajak ahli keluarga turut serta. Sebuah video di platform tersebut yang memaparkan tiga beranak sebelum dan selepas dengan kesemuanya memakai tudung menarik perhatian netizen. Selain terhibur dengan gelagat lucu bayi (bawah dua tahun), banyak pihak dengan situasi tersebut. Dengan keadaan bayi tersebut yang tidak berada di dalam kerusi keselamatan bayi, bagaimana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini?
Biarpun ada yang menyatakan video tersebut comel kerana reaksi budak yang terpinga-pinga melihat ibu dan ayahnya bertudung termasuklah dirinya sendiri, namun banyak faktor lain membimbangkan. Malahan ada doktor turut menceritakan tragedi kemalangan yang menyebabkan seorang budak mengalami kecederaan serius sehingga koma. Semuanya kerana tidak peka dengan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya malang tidak berbau. Walaupun ada yang berhusnuzon dengan beranggapan si ayah membawa kereta perlahan-lahan dan mereka sudah memastikan segala-galanya selamat sebelum memulakan rakaman, adakah kita perlu menormalkan perbuatan ini? - CARI |
anony-mous replied at 14-4-2021 07:05 PM
Terbaik. Sekali brake, terus tercampak ke liang lahad ank tu
ADVERTISEMENT