|
Bagi anda yang mempunyai anak saudara, sudah pasti menjaga mereka merupakan salah satu cabaran bukan? Lebih-lebih lagi kalau dapat anak buah yang nakal dan selalu menduga kesabaran kita semasa menjaga mereka, mesti kita pun rasa fed up.. Boleh 'naik hantu' dibuatnya!
Tetapi, anggaplah itu sebagai momen anda dengan anak buah kerana apabila mereka sudah besar nanti kita pasti akan merindui perangai nakal mereka. Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki merakam perangai anak buahnya yang nakal dan suka menjerit mencuri perhatian ramai. Menerusi video dimuat naiknya, @pakcikkimy merakam situasi dihadapinya ketika menjaga anak buahnya, Rayyan. "Pak cik dan mak cik be like, terus jadi gila," katanya yang turut berlawan jerit.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama ketika menjaga anak buah yang nakal seperti Rayyan. Sumber: SAYS
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.408811 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.