CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Dan Isteri Orang Bercinta Disebat 100 Kali

14-4-2021 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5400| Komen: 28

Banda Aceh: Pasangan kekasih yang juga suami dan isteri orang dihukum sebat 100 kali pada Isnin kerana berzina.

Pesalah lelaki ialah penjawat awam berusia 43 tahun manakala wanita itu bekerja sebagai kakitangan pembersihan.


Hukuman sebat itu berjalan lancar walaupun kedua-duanya kelihatan gementar menahan kesakitan.

Kredit foto:


Pesalah lelaki berkali-kali meminta petugas sebat itu berhenti daripada menyebatnya.

Malah, berbaki 20 lagi sebatan, lelaki itu dilihat meminta minuman dan mencangkung.

Kedua-duanya menjalani hukuman itu di Pusat Islam Aceh Tamiang berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kualasimpang pada 22 Mac lalu.


Pasangan itu bersalah kerana melanggar Seksyen 37 (1), (2 dan (3) Kanun Aceh 6/2014 Akta Jenayah.

Mereka ditahan pihak berkuasa di pintu masuk taman Kualasium, 25 Januari lalu serta mengaku menjalin hubungan istimewa sejak setahun lalu walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

Selain pasangan itu, seorang lagi pesalah berusia 52 tahun turut menjalani hukuman sebat 18 kali selepas tempoh tahanannya dipendekkan.

Ketua Pejabat Syariah Islam Aceh Tamiang, Syamsul Rizal berkata, pesalah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dulu sebelum menjalani hukuman.

"Selepas disahkan stabil, baru proses hukuman dilakukan," katanya dalam portal Tribunnews.

Katanya, hukuman pertama dilakukan 11 Januari lalu membabitkan 11 pesalah. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 14-4-2021 11:32 AM
arap hukuman spt ini patut dikenakan kpd PATI yg degil.
Quote MissVixen 14-4-2021 11:48 AM
Kalau sebat macam penjara malaysia, lunyai dah bontot dua ekor ni. Kecik je rotan aceh ni.
Quote Adrif 14-4-2021 12:48 PM
MissVixen replied at 14-4-2021 11:48 AM
Kalau sebat macam penjara malaysia, lunyai dah bontot dua ekor ni. Kecik je rotan aceh ni.

kan. tercabut isi bagai

ni kalau laksanakan kat Malaysia ni, nescaya ramai yang duduk menyenget
kes zina berleluasa. baik yang belum berkahwin, juga yang dah berkahwin
Quote batmana 14-4-2021 12:54 PM
lama2 dia nk ubah tu, mula2 rotan kecil, sebat pn pelan

klu buat terus, adala sekular, team lalat bising plak kang
Quote epuepy 14-4-2021 05:20 PM
Wow. Birat oiii. Cmner nk membuang ni? Mau seksa. Harap insaf la lepas ni..
Quote mamarock 14-4-2021 10:45 PM
Jijik betul orang macam ni
Quote Xim 14-4-2021 10:49 PM
Sakit sgt ke??rasanya yg kat malaysia lg seriau...tdo meniarap la jwbnye....
Quote kaedahnya 14-4-2021 10:49 PM
bukan kalau laki & bini orang berzina kena rejam ke
Quote Carcosa 14-4-2021 10:53 PM
Utk sedap sekejap je, kena tanggung sebatan 100 kali Sungguh2 tak berbaloi... Berbilai adalah  
Quote Decaffeinated 14-4-2021 11:44 PM
Lebih tak faham apa kepuasan orang yang menyebat ni
Quote Mamidingdong 14-4-2021 11:51 PM
Kalau buat kat msia konpom pupus vavi penyondol & kaki celup
Quote Decaffeinated 15-4-2021 06:43 AM
Mamidingdong replied at 14-4-2021 11:51 PM
Kalau buat kat msia konpom pupus vavi penyondol & kaki celup

Nak buat macam ni Malaysia perlu undur 20 tahun. Nak ka?
Quote darkness 15-4-2021 06:57 AM
Patut perempuan dan lelaki yg curang kepada suami/isteri dekat malaysia ni dihukum macam ni. Bukan kehulu kehilir salahkan jodoh
Quote darkness 15-4-2021 06:58 AM
MissVixen replied at 14-4-2021 11:48 AM
Kalau sebat macam penjara malaysia, lunyai dah bontot dua ekor ni. Kecik je rotan aceh ni.

Setau aku, cara sebat hukuman syariah xsama dgn mahkamah sivil..lebih ringan
Quote nurkasih74 15-4-2021 07:06 AM
Decaffeinated replied at 15-4-2021 06:43 AM
Nak buat macam ni Malaysia perlu undur 20 tahun. Nak ka?

Ko tau ke hikmah sebatan ni? Dan cara2 serta langkah2 yg perlu diambil? Jgn ingat org buat hukum sendiri sesedap rasa..agamaku agamaku, agamamu, agamamu.. if sekularist, pastikan mengaji lbh lagi.
Quote Decaffeinated 15-4-2021 07:21 AM
nurkasih74 replied at 15-4-2021 07:06 AM
Ko tau ke hikmah sebatan ni? Dan cara2 serta langkah2 yg perlu diambil? Jgn ingat org buat hukum s ...

Jgn sembang. Sila migrate ke Acheh sebagai bukti.
Quote dizekni 16-4-2021 10:33 AM
Decaffeinated replied at 15-4-2021 06:43 AM
Nak buat macam ni Malaysia perlu undur 20 tahun. Nak ka?

Bengong kau ni

manusia tak macam haiwan boleh tala
sesuka hati

nak ke ko hidup macam babi main redah je
tak ada batasan

poor akal la kau ni
Quote Decaffeinated 16-4-2021 03:53 PM
dizekni replied at 16-4-2021 10:33 AM
Bengong kau ni

manusia tak macam haiwan boleh tala

So ko suka lah adegan sebat2 atas pentas ni? Sila jalan mkan di Kuantan dan jgn lupa buat banner tulisan jawi.
Quote dodolgemok 16-4-2021 04:25 PM
batmana replied at 14-4-2021 12:54 PM
lama2 dia nk ubah tu, mula2 rotan kecil, sebat pn pelan

klu buat terus, adala sekular, team lalat ...

Harap judi di tanah ayer dpt dihapuskan, bukan selamba video raya kampeni judi. Lobai buat xkesah jah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041129 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top