CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cedera Kepala, Lengan, Betis- Lagi Budak Diserang Anjing Liar

14-4-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2612| Komen: 17

Seorang kanak-kanak cedera diserang anjing liar ketika berjalan pulang ke rumahnya dalam satu kejadian di Seksyen 2, Wangsa Maju pada petang Selasa.

Ibu mangsa, Norhafizah, 41, berkata, dalam kejadian itu, Syauqina Rifqa,11, dijemput datuknya di sekolah kira-kira jam 5.30 petang

Norhafizah berkata, ketika datuk Syauqina yang juga bapanya sedang parkir kenderaan, anjing liar berkenaan mengekori kanak-kanak itu yang turun daripada kereta lebih awal.

Kredit foto: Sinar Harian


"Anjing itu kemudiannya cuba menyerang arnab peliharaan kami di dalam sangkar. Anak saya cuba pergi tengok keadaan arnab itu tetapi saya melarang kerana bimbang keselamatannya.

"Ketika itu, anak saya berada agak jauh dari sangkar arnab namun tiba-tiba anjing itu mengejar dan menerkamnya," katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.


Menceritakan lebih lanjut, Norhafizah berkata, selepas itu, dia dan suami kemudiannya menghalau anjing liar yang itu dengan menggunakan batang besi.

Menurut Norhafizah, Syauqina mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan kiri, betis kaki kanan dan belakang badan.

"Jiran kami telah membantu membawa anak saya mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dan dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Norhafizah berkata, banyak anjing liar di kawasan kediamannya yang boleh membahayakan keselamatan penduduk.

Ujar Norhafizah, suaminya juga akan membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VirusDetected 14-4-2021 12:56 PM
cian ko dik....
semoaga cepat sembuh
Quote Skuau 14-4-2021 12:57 PM
kpd pihak berkuasa yg berkenaan...boleh tak korang AMIK  TINDAKAN SEBELUM perkara buruk itu berlaku.Ni...DAH BERLAKU/KENA(orang)...baru korang terhegeh hegeh nak buat kerja.Cuba bayangkan yang anak korang kat tempat bdk ni.Camner???
Quote bob92 14-4-2021 01:24 PM
Skuau replied at 14-4-2021 04:57 AM
kpd pihak berkuasa yg berkenaan...boleh tak korang AMIK  TINDAKAN SEBELUM perkara buruk itu berlaku. ...

tak boleh nanti ada nitizen2 ngan NGO kecam kata kejam... animal right konon kononnya
Quote ais_kosong 14-4-2021 02:14 PM
Kadang kesian juga kat anjing liar terabai.
Nak cari makan pun susah.
Tapi membahayakan orang lain kalau jenis suka nak gigit orang.
Kesian kat budak ni. Mau trauma.
Takda ke usaha kerajaan negeri win2 situation untuk both selain matikan anjing tu.
Quote sharlenetexas 14-4-2021 02:21 PM
bob92 replied at 14-4-2021 01:24 PM
tak boleh nanti ada nitizen2 ngan NGO kecam kata kejam... animal right konon kononnya

Sama macam bbnu acah2 woke jangan bunuh tikus.
Quote azimodin 14-4-2021 02:31 PM
Edited by azimodin at 14-4-2021 02:32 PM

Last month anjing liar kat neighbourhood aku dah kena kutip sebab orang komplen anjing kejar budak2 main basikal. Selamat sikit. Aku pon geram baru2 ni ada couple bawak anjing hitam dorang ke playground waktu petang tanpa leash. Dah la budak2 ramai. Bila orang tegur acah2 blur. Kat taman aku mmg ramai yg bela anjing tapi dorang pakaikan leash, ntah mana datang couple bodoh tu kat perumahan aku. Bila budak2 dah menjerit2 baru la yg lelaki tu bawak anjing dia gi tempat lain. Tu belum lagi kes bela anjing pastu biar pintu gate terbukak. Bila kita tegur dituduhnya kita racist sebab ada je kucing bertuan yg keluar rumah. Pening pale
Quote haruslah 14-4-2021 02:38 PM
Kang PBT tangkap dikatanya kejam...binatang xde akal....
Tp yg dok syg haiwan ni xnak lak bela kat rumah bagi makan
Quote mziskandar 14-4-2021 02:51 PM
anjing liar ni juga berbahaya kpd penunggang motorsikal dan kenderaan lain.
mcm jenis hanjeng yg crossing the road x pandang kiri kanan.
Quote AbukRokok 14-4-2021 02:56 PM
pihak berkuasa perlu dibenarkan to kill em all
kill em all
let massacre them
dogs
cats
pestsssss....
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:13 PM
Apa motif anjing tu? Adakah dia terlalu kelaparan ke camne? Dia plan nak makan anak manusia ke?
Quote jiwasemangat 17-5-2021 02:55 PM
Persatuan pencinta haiwan.. tahu siapa president dia..?
Bukan kaleng22..
Dulu aku bawak kereta.. stray dog kejar kereta aku.. dia plan nak makan aku agak ehh.. ntahlaa.. aku dlm kereta saja ponn.. aku tak honn dia pon.
Quote Cyempaka 17-5-2021 02:59 PM
Aku pnh kena kejar dgn anjing liar. Nasib baik kete dekat.. terus lari masuk kete. Terus aku beli karpet bulu kaler coklat2 mcm bulu anjing. Blk rmh pijak karpet tu puas2 sambil bayangkan pijak anjing liar
Trauma smp hari ni
Jilake punya anjing dan aktivis2 pembela anjing
Quote nuryakmal 17-5-2021 03:24 PM
azimodin replied at 14-4-2021 02:31 PM
Last month anjing liar kat neighbourhood aku dah kena kutip sebab orang komplen anjing kejar budak2  ...

Kucing kalau diorang nak buat zalim pun just berak kat kereta org je. Kalau org kacau kucing baru dia cakar.
Anjing ni dahlah besar, kalau lapar aggressive, pulak tu mostly bawak gang.

So kalau nak compare severity anjing ngan kucing liar, anjing liar lebih bahaya.
Quote mbhcsf 17-5-2021 03:35 PM
I takut kalau anjing liar ni ada RABIES

okay budak ni i hope dah clear screening rabies

ini yg kita gusarkan

sebab tu anjing liar kena managed kalau dilihat berkeliaran dan ganaz and pelik  kat luar , kena hubungi pihak berkuasa.


Quote n3ar 17-5-2021 04:41 PM
kalau kt luar negara, ada tu siap ada skuad tembak anjing2 liar... jumpa jer anjing liar, boom kasi makan peluru jer, tak cakap banyak..

kat malaysia ni, PBT tangkap anjing liar pun ada geng2 acah animal lover & NGOk pertahankan..

konon anjing liar tu tak kacau orang ,kenapa nak tangkap... dia pun makhluk tuhan.. termasuk la geng2 melayu islam yg tak guna otak..

bila anak2 kena gigit, kena serang baru la meraung marahkan PBT tak ambil tindakan...



kalau tanya pendapat aku, kasi tangkap n lupus jer anjing2 liar ni...termasuk la kucing2 liar..tak pun hantar g letak pulau mana2 yg tak berpenghuni

anjing ni lebih bahaya sebab dia gigit dan bawa penyakit rabies...

tak pernah dengar lagi orang kena kejar dgn kucing liar
Quote Tinot7 17-5-2021 04:47 PM
azimodin replied at 14-4-2021 02:31 PM
Last month anjing liar kat neighbourhood aku dah kena kutip sebab orang komplen anjing kejar budak2  ...

Kucen saiz rimau ke yg diorg dok banding2kan tu?
Quote any42 17-5-2021 05:43 PM
Kesian adik ni. semoga cpt smbuh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top