Sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton baru-baru ini tular kerana dilaporkan berharga lebih mahal daripada sebuah pesawat ringan, lapor portal berita Oddity Central kelmarin. Beg tangan memiliki bentuk seperti pesawat komersial dengan corak ikonik jenama ter-kenal itu berharga AS$39,000 (RM161,226). Ia merupakan sebahagian daripada koleksi jenama mewah tersebut pada tahun ini dan me-rupakan rekaan pereka pakaian lelaki artistik, Virgil Abloh. Rekaan Abloh sebelum ini menjadi sasaran pengkritik-pengkritik fesyen. Digelar bag Keepall, tas tangan itu memiliki bentuk pesawat komersial mini, lengkap dengan ekor, sayap, empat enjin dan ukiran logo Louis Vuitton.
Foto-foto beg tangan itu telah dimuat naik beberapa bulan lalu, namun mula tular selepas seorang pengguna Twitter, Valeska membandingkan harganya dengan harga pesawat Cessna terpakai. Pesawat tersebut dijual pada harga AS$32,300 (RM133,528) di laman jualan online, eBay. “Anda boleh membeli sebuah pesawat sebenar dengan harga yang lebih rendah,” tulisnya. Tidak dapat dipastikan sama ada beg itu hanyalah aksesori fesyen atau ia mempunyai fungsi penyimpanan barang. Sumber: Kosmo
|
laradelara replied at 15-4-2021 05:15 AM
Huduh lah beg tu
crossline replied at 15-4-2021 07:20 AM
Masalahnya I nampak beg tu comel lah pulak...nasib baik I tak kaya... Huhuhuhu......
ADVERTISEMENT