Pelakon dan juga pengacara Roslan Shah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir umat Islam di Singapura kerana tanpa rasa bersalah tidak berpuasa di tempat awam pada bulan Ramadan.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, selebriti kelahiran Kota Singa itu mendakwa, kejadian berlaku ketika dia keluar untuk membeli juadah berbuka puasa semalam. Ujarnya lagi, individu yang tidak berpuasa sewajarnya harus lebih peka dan sensitif dengan masyarakat, bukannya berbangga kerana tidak berpuasa. “Nak makan atau merokok kenalah sorok-sorok dan jangan bagi nampak pada orang awam. Apabila saya tengok, dengan rasa bangga merokok dan makan dengan selambanya.
“Bulan Ramadan setahun sekali bukannya setiap hari. Saya pun tak sempurna mana pun. Kalau saya tidak berpuasa saya akan makan di bilik sendirian sahaja sebab ahli keluarga berpuasa. Saya kena menghormati orang yang berpuasa,” kata selebriti yang mendapat gelaran Sudirman Singapura itu. Dalam hantaran berkenaan juga, Roslan turut memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dengan teguran tersebut. Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, Roslan yang sebelum ini kerap berulang-alik antara Malaysia-Singapura atas urusan kerja telah beralih ke bidang perniagaan makanan dengan mengusahakan gerai menjual pelbagai aneka rojak di Kedai Kopi Al-Ikhlas, 60 Lorong 101 Changi, Singapura sejak Julai 2020. Sumber: K! ONLINE
|
prettyuglybabe replied at 14-4-2021 04:31 PM
entah-entah boyan bukan muslim..
nama pun singapore..
Madel replied at 15-4-2021 04:58 PM
Singapore ke?
Apa nak heran nya pun... duduk serumah pun tak ada siapa nak larang.
Housemate abg a ...
ADVERTISEMENT