Sebatang pen direka khas mempunyai cacing hidup menjadi tular di media sosial di Jepun. Lapor Oddity Central, cenderamata dari Jepun itu dikatakan mengandungi parasit nematoda iaitu sejenis cacing daripada Genus Anisakis.
Jelas laporan itu, beberapa gambar pen unik itu turut tular dalam laman media sosial negara itu sehingga menerima pelbagai reaksi. Berdasarkan beberapa pengguna di laman Twitter, seorang usahawan dari Wilayah Kochi mencetuskan idea untuk menghasilkan pen yang unik itu. “Pen yang mengandungi nematoda boleh dianggap sebagai cenderamata menarik untuk dijual,” jelas laporan itu. Menurut seorang pembeli, pen yang mengandungi nematoda dijual pada harga 950 yen (RM35). Jelasnya, parasit di dalam pen itu kekal aktif selama empat hingga lima hari dan kemudian tahapnya menurun dan akhirnya mati.
Sumber: Utusan
|
mdhelmi replied at 15-4-2021 08:43 AM
memandangkan aku suka main dgn cacing
so ok2 je
supernaturalee replied at 15-4-2021 08:51 AM
aku salah baca ke ni
suka main cacing??
what are you? 5 or something?
mdhelmi replied at 15-4-2021 08:57 AM
haah
xtau nape mmg suka tgk benda tu meliuk2
mdhelmi replied at 15-4-2021 08:43 AM
memandangkan aku suka main dgn cacing
so ok2 je
ADVERTISEMENT