Seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain dalam kenyataannya memberitahu, bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang sedang bertugas di lobi hospital berkenaan pada 8.45 malam.
Difahamkan, sebelum itu, pekerja berkenaan terdengar tangisan bayi lalu bertindak menjejakinya sebelum menjumpai bayi itu di pintu keluar hospital terbabit. “Sejurus kejadian itu, pekerja tersebut memaklumkan penemuan bayi kepada ketua jururawat yang bertugas. *Pemeriksaan oleh ketua jururawat mendapati bayi tersebut diletakkan di atas lantai, lengkap berpakaian serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri. “Turut dijumpai pada bayi tersebut ialah satu tangkal dipercayai kepercayaan kaum Cina,” katanya.
Mohd Padzli berkata, bayi tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup hospital itu, terdapat seorang wanita yang sedang menggendong bayi dilihat berjalan di sekitar kawasan hospital namun tiada sebarang rakaman jelas di mana bayi berkenaan ditinggalkan. Sumber: MalaysiaGazette
|
Decaffeinated replied at 15-4-2021 07:05 AM
Cina buang anak ka? Pandai lah juga cari hospital swasta. Indon buang anak kat ladang sawit ja.
3chanceno: Indon dah tinggal dlm ladang kelapa sawit atau getah, di buangnya hampir dgn rumah je..asal settle baby tak de pat rumah!Buang bayi ini merata eh,tak ...
ketambangkang replied at 15-4-2021 12:02 PM
oo kat KPJ Johor..tp kenapa hantar baby tu ke HSA?? bukankah KPJ juga hospital??
puteribaya replied at 15-4-2021 12:23 PM
kebiasaan kalu melibatkan polis dan badan2 kjaan ..dia akan hantar ke hospital gomen..mudah dipant ...
ADVERTISEMENT