CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aniq Suhair Menangis Ditampar Mak Jah

15-4-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8113| Komen: 22

Demi menjayakan babak air mata, pelakon baharu Aniq Suhair mendedahkan dia ditampar seorang pelakon senior semasa penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Cerita Aniq, pelakon senior iaitu Mak Jah terpaksa menampar pipinya sebelum rakaman salah satu babak dalam drama tersebut kerana mahu mempercepatkan proses penggambaran.

Gara-gara tamparan kuat itu, Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, berkata dia berjaya melakonkan babak menangis dengan mudah.

Kredit foto: IG


"Saya kena tampar dengan Mak Jah! Di belakang tabir dia baik sahaja tapi disebabkan babak itu saya kena menangis dan mereka semua nak cepat selesai, dia datang dan terpaksa tampar saya.

"Selepas menampar bahagian pipi, dia kata nangislah dan sekali lagi tampar saya... memang terasa tamparan itu, sakit sungguh!

"Sebenarnya bukan susah nak menangis tetapi memandangkan penggambaran dah lewat malam, kita semua pun dah penat... selepas Mak Jah tampar terus selesai babak itu," katanya kepada mStar.

Meskipun terkejut dengan tindakan Mak Jah atau nama sebenar Maimunah Ahmad itu, Aniq tetap berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh pelakon berusia 73 tahun itu.


"Saya tak terasa hati pun, saya okay sahaja. Bagi saya itu cara dia nak bagi mood kita sampai, sejujurnya tindakan Mak Jah itu sangat membantu untuk babak tersebut.

"Selepas habis rakaman babak itu, saya ucap terima kasih kepada dia kerana bantu mempercepatkan penggambaran. Saya anggap ini satu proses pembelajaran," ujarnya.

Bercakap mengenai drama Tak Sempurna Mencintaimu, bekas finalis Hero Remaja 2020 ini berkata bakatnya mula mendapat perhatian penonton dan dalam masa sama membantu menaikkan namanya dalam industri lakonan.

"Drama ni memang best sebab banyak terselit pengajaran mengenai keluarga. Saya anggap tawaran menyertai drama ini sebagai satu peluang terbaik.

"Alhamdulillah orang mula nampak bakat saya dan mereka memuji lakonan saya. Sebelum memulakan penggambaran saya memasuki kelas lakonan dengan Kak Ogy Ahmad Daud.

"Karakter saya dalam ini memang berbeza kerana perlu bawa watak adik yang baik. Saya harap penonton terus menyokong lakonan saya selepas ini," ujarnya.


Selain Aniq dan Mak Jah, Tak Sempurna Mencintaimu turut dibintangi pelakon hebat lain iaitu Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama arahan Emi Sufian itu ditayangkan di slot Akasia, TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7 malam. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 15-4-2021 11:08 AM
So, nk kitorang tampar ko jugak ke hape ni?
Quote tumpanglalu74 15-4-2021 11:13 AM
Ade la leak tu..
Quote azie5zoe 15-4-2021 11:19 AM
Iols tengok cerita ni sebab nak tunggu azan je, Tv1 tahun ni takde drama, yang ada rancangan borak dulu#barubuka.
Quote ahlam_nabiha 15-4-2021 11:51 AM
slyfynx replied at 15-4-2021 11:08 AM
So, nk kitorang tampar ko jugak ke hape ni?

hahahha..apa kepentingan cerita ni utk gosip? ke utk promote diri jer
Quote apiang 15-4-2021 03:40 PM
lol...bagus makjah...hahahaha
Quote cicicumel 15-4-2021 03:49 PM
Muka dah hensem tapi mcm pendek je.. Kalu tinggi cam bamtah harus dah persis korean
Quote ikanmasin 15-4-2021 04:12 PM
tamparan seorang pelakon veteran yg legend gituu..trs settle.hehehee
Quote drivethru 15-4-2021 04:19 PM
Aku teringin nak tgk cerita ni sbb ade redza rosli. Tapi jadi menyampah sbb ade intan najwa. Kalau tgk pun, tak fokus. Muka redza rosli ni macam skandal bangla aku dulu2. Terubat lah sikit kerinduan tu
Quote azimodin 15-4-2021 04:20 PM
azie5zoe replied at 15-4-2021 11:19 AM
Iols tengok cerita ni sebab nak tunggu azan je, Tv1 tahun ni takde drama, yang ada rancangan borak d ...

Sebelum ni 3 tahun straight layan tv1 isteri untuk diiktiraf, aku yg kau tinggalkan & korban kasih. Selalunya husband iouls yg akan tengok pastu ceritakan apa yg jadi sambil i masak kat dapur. Rasa lain macam pulak x layan tv1 tahun ni.
Quote anony-mous 15-4-2021 04:24 PM
azie5zoe replied at 15-4-2021 11:19 AM
Iols tengok cerita ni sebab nak tunggu azan je, Tv1 tahun ni takde drama, yang ada rancangan borak d ...

Best tgk rancangan borak tu. Mcm2 input. Rtm mmg best. Kalau x mmg i on netflix je. Drama mmg euww xtgk la drama2 melayu kamjad ni. Tp kalau rtm, i rasa ok lg dramanya
Quote Kerexxx 15-4-2021 06:33 PM
cicicumel: Muka dah hensem tapi mcm pendek je.. Kalu tinggi cam bamtah harus dah persis korean

Ok lah ni. Kita bukan tinggi sgt2. Ngeeee
Quote wirazam 15-4-2021 08:36 PM
ikanmasin replied at 15-4-2021 04:12 PM
tamparan seorang pelakon veteran yg legend gituu..trs settle.hehehee

So mak Jah skrg boleh jadi talent instructor..sapa2 yg dpt feel menangis dlm conti boleh call mak jah nih
Quote kiah_mai_pulak 15-4-2021 09:09 PM
ketahian apakah innehhh???
Quote Ritacomels 15-4-2021 09:11 PM
drivethru replied at 15-4-2021 04:19 PM
Aku teringin nak tgk cerita ni sbb ade redza rosli. Tapi jadi menyampah sbb ade intan najwa. Kalau t ...

Tp aku nk tegelak tgk cara redza lontarkan dialog dgn intonasi suara mcm pelakon era 80,90 an,, serious x nmpk natural lol
Quote 3chanceno 15-4-2021 09:12 PM
Camna pun pelakon veteran jugak diperlukan di set penggambaran! Sebenarnya kan dak Aniq nie nak caksp dia 'lembik' ke atau tak bole menghayati watak tanpa bantuan penampar Mak Jah????
Quote pichee 15-4-2021 09:14 PM
Die x phm kot...sume org dh pnt..ngko x buat homework mcm mne nk feeling smpi nangis...lps je mak jah tampar, terus setel kn...haha
Quote ikanmasin 16-4-2021 01:46 AM
wirazam replied at 15-4-2021 08:36 PM
So mak Jah skrg boleh jadi talent instructor..sapa2 yg dpt feel menangis dlm conti boleh call mak  ...

hahaha kan..
Quote September14 16-4-2021 01:59 AM
Comel la dia ni....
Quote azie5zoe 16-4-2021 08:01 AM
azimodin replied at 15-4-2021 04:20 PM
Sebelum ni 3 tahun straight layan tv1 isteri untuk diiktiraf, aku yg kau tinggalkan & korban kasih ...

Tahun lepas sempat tahun ni memang tak dapat..tapi dalam kalut memasak tu..sempatkan jugak untuk ngintai pung pang rizalman tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034647 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top