CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jarang Kongsi Kehidupan Di Media Sosial, Strategi Ben Amir Nak Nampak Mahal!

15-4-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12509| Komen: 51

Tidak seperti selebriti lain yang gemar berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial, pelakon Ben Amir pula mengambil pendekatan berbeza apabila memilih tidak terlalu memaparkan aktiviti sehariannya di platform tersebut.


Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian biarpun kerjaya seni menuntut seseorang selebriti itu untuk tampil berkongsi apa sahaja dengan peminat mereka.


Foto: IG

"Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu... disebabkan itu, saya tak post sangat tentang kehidupan peribadi di media sosial.

"Bagi saya strategi ini menjadi dan berkesan untuk kerjaya saya sebab buat peminat lagi tertunggu-tunggu (perkembangan terbaharu Ben Amir).


"Siapa-siapa yang kenal dengan saya tahu saya ini macam mana orangnya, perkataan kekwat (sombong) itu tidak pernah wujud dalam hidup saya (disebabkan jarang berkongsi kisah peribadi buat tatapan umum)," katanya kepada mStar.

Ben ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Puma Malaysia X Al-Ikhsan yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.



Ketika ditanya aktivitinya sepanjang bulan Ramadan kali ini, pelakon drama Sweet Dreams itu berkata dia mengambil cuti panjang agar dapat fokus untuk beribadah.

"Kalau tahun lalu saya memang berehat ketika bulan puasa sebab tak boleh nak shoot kerana Covid-19. Tahun ini pula memang saya tak ambil mana-mana tawaran sepanjang bulan Ramadan sebab nak fokus beribadah.

"Walaupun banyak tawaran berlakon yang datang, sekarang saya kena memilih yang mana saya hendak buat sahaja sebab saya dalam fasa nak cari cabaran baharu.



"Saya rasa dah boring nak bawa karakter yang sama sahaja dan rasanya bukan saya seorang sahaja yang rasa macam itu, mana-mana pelakon pun (yang dah lama berlakon) mesti ada rasa macam itu juga," ujarnya.

Ben mula berkecimpung dalam bidang seni sejak lapan tahun lalu selepas menyertai program pencarian Hero Remaja pada tahun 2012. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 15-4-2021 12:41 PM
syok sendirinya ko nihhh, tak segan ke bagi komen gitu

{:shy
Quote asudau 15-4-2021 12:51 PM
sedangkan hati meronta-ronta nak share gitu...sudah la Ben Amir..ko pun sendu jugak
Quote hazzy0304 15-4-2021 12:53 PM
Apa sajeeerr laaahhh
Quote maxim 15-4-2021 12:57 PM
Ko pikir ko level anuar zain ke???
Quote purplelilac 15-4-2021 01:04 PM
Exclusive la sgt, perasan!
Quote dudaberhias 15-4-2021 01:08 PM
Berangan, tak selera langsung dengan laki rambut panjang, ala2 ponen in the closet gitu.
Quote 46BlueBerry 15-4-2021 01:17 PM
Edited by 46BlueBerry at 15-4-2021 01:19 PM

Bulan puasa pon tak jaga adab2 komen. Kalau tak suka takyah baca. kan senang.  
Quote jaja8 15-4-2021 01:33 PM
dia nak buat mcmNicholas Saputra..Update gambar langit pun beratus ribu like suka...ckp je la xde ape nk tunjuk kt org
Quote Cik_jantung 15-4-2021 01:34 PM
Selamat mahal Ben Amir..
Quote 46BlueBerry 15-4-2021 01:39 PM
jaja8 replied at 15-4-2021 01:33 PM
dia nak buat mcmNicholas Saputra..Update gambar langit pun beratus ribu like suka...ckp je la xde ap ...

Ben mmg jenis private pon. Tak suka share hal2 personal. Family pon dia tak pernah tayang kt ig.
Quote emilyrose 15-4-2021 01:42 PM
dia ni couple dgn ex gf qi razali tu kot..
sbb ada staycation sesama kat the halaman (salak south) mth before puasa haritu.. gambar insta tshirt puma biru tu masa dia kat the halaman tu..
Quote Plain-tif 15-4-2021 02:03 PM
Nak share share taknak pun takpe wahai umat
Quote PumpkinSpice777 15-4-2021 02:31 PM
emilyrose replied at 15-4-2021 01:42 PM
dia ni couple dgn ex gf qi razali tu kot..
sbb ada staycation sesama kat the halaman (salak south)  ...

Bukan la. tu deme duk potoshut untuk puma. sekali dgn girl tu. kan ben jadi duta puma. bukan staycation ye.

Quote Ritacomels 15-4-2021 02:37 PM
Edited by Ritacomels at 15-4-2021 02:39 PM

Fans dia je la yg tetunggu2..yg x minat dia, xde pon xpe, ade pon x bg ape impak..
Quote 46BlueBerry 15-4-2021 02:40 PM
emilyrose replied at 15-4-2021 01:42 PM
dia ni couple dgn ex gf qi razali tu kot..
sbb ada staycation sesama kat the halaman (salak south)  ...

Uishh bahaya nya ayat u ols ni. hehehe. Ben tu single tak couple dgn sape2.
Ben dengan sonia tu ada kerja sama2 buat shoot untuk puma.
Dorang shoot kat tempat tu.

[ig]https://www.instagram.com/p/CL_GcKWjh2l/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote misc 15-4-2021 02:55 PM
Mcm Rami Malek setahun 1 gambar je dia post kat ig. Berjanggut fans tunggu. Last2 terus delete akaun insta. Frust betul. Benamir ada bran?
Quote sara_thrash 15-4-2021 02:56 PM
fans dia maybe lah dok meratip bila retis kesayangan takde nak update sangat life tu di socmed tapi yang tak minat memang tak kesah langsung.
Quote jijilaaa 15-4-2021 03:02 PM
terima je la hakikat zaman kau dah berlalu. kejap sngat zaman ko di atas ye dik.

sabar ye
Quote Kurex 15-4-2021 03:09 PM
Bila nak buat video lagi?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060343 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top