Meski pernah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali sebelum ini, pelakon dan pengacara Erra Fazira memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan mereka.
Malah masing-masing masih menjalinkan hubungan yang baik atas dasar profesionalisme dan komitmen kerjaya. Jelas Erra, dia pada masa sama turut menghormati dua bekas suaminya itu yang kini sudah memiliki kehidupan sendiri. “Saya tiada masalah, malah tetap baik dengan bekas suami kerana saya seorang yang menghormati perjalanan kehidupan baru orang lain. Jadi saya tak ada campur sangat. “Cumanya kalau ada berjumpa dan sebagainya, saya okey, baik dan boleh sahaja untuk bertegur sapa.
“Cumanya saya tiada berhubung selalu dengan mereka kerana saya hormat kehidupan orang lain,” katanya kepada MH.
|
markonahlah replied at 15-4-2021 02:39 PM
Dia dgn umie aida dah berbaik?
Zeatyisaac: Dengan Hans?
makcun14 replied at 15-4-2021 05:00 PM
Tak lupa jugak norman hakim yang crush kat erra fazira hingga ke hari iniehhh tak move on.
Cinta ma ...
AshkieLa: dah kan..hari tu besday ratu si dukun wish..cuma mungkin gitu2 jela..no more manja2 dengan gelaran makcik makcik mcm dulu..
kaedahnya replied at 15-4-2021 11:31 PM
umie repost wish time sebelum gaduh. umie macam rindu time depa baik dulu. erra tataulah.
ADVERTISEMENT