Penyanyi Asmidar berkongsi detik cemas apabila tapak bazar Ramadan tempatnya dan keluarga berniaga di Wangsa Maju, di sini, dilanda ribut, petang semalam.
Menceritakan kembali kejadian itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang itu mengakui, dirinya ketakutan apabila ribut turut memusnahkan makanan yang dijual peniaga di bazar berkenaan. "Segala-galanya berlaku dengan pantas. Hujan dan ribut yang kuat menyebabkan banyak khemah peniaga terbang. Mujur ketika kejadian, ada ayah, emak dan abang membantu menyelamatkan gerai. "Kasihan melihat mereka yang berniaga seorang diri. Mana nak pegang khemah dan nak pastikan barangan jualan selamat. Akibat kejadian ini, ada gerai yang terpaksa menghentikan perniagaan lebih awal apabila makanan yang dijual rosak dan jatuh ke tanah, selain khemah terbang," katanya kepada BH Online.
Meskipun menerbitkan perasaan trauma, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu reda dengan apa yang berlaku.
|
Thunderclouds replied at 15-4-2021 01:52 PM
Dalam keadaan mcm tuh sempat lg record up masok ig
fadz84 replied at 15-4-2021 02:12 PM
Kannnn.. time terdesak cmtu xde dh Igt nk capai phone bagai..
Cik_jantung replied at 15-4-2021 01:53 PM
kesian kan kat peniaga sbb skrg musim hujan pakej ribut guruh di petang hari...
tp bila pikir ma ...
Thunderclouds replied at 15-4-2021 08:29 PM
Kaka, kt kt umah i niiiii roti jala seketui 50sen kuah kari kosong,air laicikang 1 cup besaq isi b ...
ADVERTISEMENT