CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Kena Potong Lebih RM2 Ribu Sebab Habiskan Masa 2 Jam Sehari Di Tandas

15-4-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3499| Komen: 19

 Seorang lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial apabila mengeluh gajinya dipotong kerana menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas pada waktu bekerja, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.


Pekerja hanya dikenali sebagai Encik A itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook. Majikan Encik A pada bulan lalu memotong gajinya selepas dia menghabiskan masa selama 49.5 jam atau 2 jam sehari di tandas.

Namun, dia berang kerana majikannya tidak memaklumkan bahawa menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas boleh menyebabkan gajinya dipotong.


Foto: Pixabay

Lelaki itu memuat naik keluhannya di kumpulan Facebook Blame 2 Commune. Dia juga meminta nasihat ahli-ahli lain tentang kesnya.


Menurutnya, dia berkerja 22 hari atau bersamaan 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 yuan sejam (RM101).

Namun, selepas menerima gajinya, Encik A menyedari sebanyak 4,400 yuan (RM2,779) telah dipotong.

Dia diberitahu bahawa rakaman televisyen tertutup (CCTV) mendapati dia menghabiskan masa 50 jam di tandas manakala majikannya hanya membenarkan penggunaan tandas selama satu jam sehari.

“Ya, saya berada di dalam tandas untuk masa yang lama, namun itu tidak bermakna gaji saya boleh dipotong begitu sahaja?” kata Encik A sambil menambah, dan syarikat turut mengugut memecatnya jika dia enggan membiarkan sahaja kes pemotongan gajinya itu.  -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 15-4-2021 01:26 PM
Menteri tak masuk parlimen pun elok je elaun x kna potong,gaji jalan je mcm biasa..

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1887236151454893/?type=3&source=54[/fbp]
Quote matchstick 15-4-2021 04:15 PM
Berak batu setiap hari ke yg smpi 2 jam duk dlm tandas
Quote giyomi 15-4-2021 06:52 PM
wat apa jer dlm tandas tu...intai kew
Quote ekod79 15-4-2021 06:56 PM
Nk dkt RM20k sebulan juga gaji, tp betul lah, pay by hour harus la potong
Quote aechae 15-4-2021 06:57 PM
Tido ke apa dlm toilet tu?
Quote Adrif 15-4-2021 07:14 PM
2 jam??? ape dibuatnya lama betul

aku yang hari2 buang air besar guna toilet ofis pun, baru 20 minit semua dah bising kata aku mengular. abeh tu nak aku kumpul taik ke buat bukti
Quote salmon-suki 15-4-2021 07:23 PM
Sembelit+buasir+kanser usus ke y bertapa lama giler dlm toilet tu?no excuse pd y curi tulang
Quote helicornia 15-4-2021 07:24 PM
sembelit ke husin...(sambil tgn goyang2)
Quote any42 15-4-2021 08:04 PM
Gila lama 2 jam dlm toilet berak konkrit ke
Quote Dwdrum 15-4-2021 08:31 PM
2 jam dalam toilet... Heavy smoker kah....
Quote Ciktiekus 15-4-2021 08:39 PM
M******* ke ape
Quote mikasa 15-4-2021 08:55 PM
Adrif replied at 15-4-2021 07:14 PM
2 jam??? ape dibuatnya lama betul

aku yang hari2 buang air besar guna toilet ofis pun, baru 20 mi ...

Timbang berat sebelum dah selepas...bukti ada proses pembuangan sisa pepejal berat di lakukan
Quote Jitu 15-4-2021 09:15 PM
nak mengular tp kantoi lah ni
Quote Adrif 15-4-2021 11:28 PM
mikasa replied at 15-4-2021 08:55 PM
Timbang berat sebelum dah selepas...bukti ada proses pembuangan sisa pepejal berat di lakukan

hahahaha, berapa kilo sisa pepejal tersebut..
macam soalan matematik UPSR gituu

"Berat Ali sebelum ke tandas ialah 78kg, dan berat Ali selepas ke tandas, adalah 75kg.
Berapakah berat sisa beliau."  
Quote ikanmasin 16-4-2021 01:45 AM
yg berjam2 kat tandas tu buat apa.hari2 pl tu..
Quote antiQue 16-4-2021 03:20 AM
Samada toilet office tu selesa sangat, atau dia selalu sembelit

I wonder sapa lagi dalam dunia yang menghabiskan masa sampai 2 jam sehari dalam toilet
Quote sukacactus 16-4-2021 10:56 AM
Hurmmmm...
Laki aku dok 1/2 jam dlm toilet pun aku dah rasa lama sgt dah
Ini kan 2 jam
Quote AnBulisia 16-4-2021 11:04 AM
dia main game dalam tandas
Quote batmana 16-4-2021 11:16 AM
kenapa tak bwa ofis ke dalam tandas, selesai masalah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041211 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top