|
Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kirana meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan mulia ini. Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia mengenakan tudung itu atas kerelaaan diri sendiri.
"Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama... bulan ramadan ini saya teruskan bertudung. "Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini... saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik. Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas ini," katanya kepada mStar. Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.129949 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.