Tidak semua orang sempurna di dunia ini. Masing-masing mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Jangan pula kekurangan itu menjadi punca untuk kita sedih atau tidak mahu meneruskan hidup.
Menerusi video tular dimuat naik pengguna TikTok, Ateyn mempunyai masalah keadaan jari berbeza daripada orang lain yang dialaminya sejak kecil. Menurutnya lagi, penyakit itu tumbuh di sekitar kawasan mata, lutut serta di belakang tubuhnya. Akibat daripada itu, dia sukar untuk mengemas rumah atau membersihkan lauk-lauk yang basah seperti ayam atau ikan. Walaupun, sakit pedih ketika memasak namun dia masih lagi meneruskan kerjanya itu tanpa mengeluh.
Penyakit dihadapi wanita berkenaan sebenarnya sukar untuk sembuh dan ianya juga dialami ahli keluarga yang lain. Walaupun, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan seperti kaedah tradisional ataupun moden masih tiada hasil untuk dirinya sembuh. Dia sangat bersyukur andai kata suatu hari nanti akan bertemu penawar untuk penyakitnya itu. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana suaminya masih menerima seadanya. Sumber: OhBulan
|
aotearoa replied at 16-4-2021 03:21 PM
Haah betulla. Dr Lee tu ada youtube tunjuk dia buat treatment Lipomas, lebih kurang gini juga..
aotearoa replied at 16-4-2021 03:21 PM
Haah betulla. Dr Lee tu ada youtube tunjuk dia buat treatment Lipomas, lebih kurang gini juga..
salmon-suki replied at 19-4-2021 10:48 AM
Ni bkn ke rheumatoid arthritis?tp mcm teruk sgt tu bengkak2 dia..n mmg xde ubat lg kalau betul sakit ...
ADVERTISEMENT