CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Tuang Minyak Tanah Dalam Api" - Zahid Kecam Majikan Belasah Bodyguard

16-4-2021 07:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3404| Komen: 15

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kecewa dengan perkembangan terkini dalam kes ahli perniagaan membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa.

Beliau kecewa kejadian itu berlaku tatkala masyarakat berbilang kaum di negara ini sudah lama hidup bersama dan mengenali agama dan budaya masing-masing.



Kredit foto: IG Zahid

“Berpuluh tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk rakyat Malaysia supaya hidup bertoleransi dan saling memahami.

“Apa sudah jadi pada hari ini? Mana pergi nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia seperti apa yang dilaporkan dalam kes ini?

“Lebih menyedihkan siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa masing-masing berusia 26 dan 43 tahun telah pun bekerja di syarikat tersebut antara tiga sehingga tujuh tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid merujuk kepada laporan media berhubung kes seorang majikan memukul dua pengawal keselamatan hanya kerana tidak suka mereka berpuasa.


Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu menasihatkan orang ramai agar tidak beremosi dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Saya meminta kepada semua jangan sesekali kita “menuangkan minyak tanah dalam api” kerana itu sekadar akan membuat keadaan bertambah keruh,” katanya lagi.

Semalam dilaporkan dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

Disebabkan isu itu, polis hari ini berjaya membongkarkan aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau “ah long” yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (tiga dari kiri) dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli (empat dari kiri) menunjukkan jongkong emas yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada Khamis. - Foto Bernama

Susulan tangkapan, polis melakukan serbuan di sebuah rumah milik salah seorang suspek di Klang dan menemui wang tunai US$12,500 dan 100 keping gold bar anggaran berat 100 kilogram iaitu 1kilogram setiap keping dan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 16-4-2021 07:47 AM
sama juga di MAS jika boss flight  tu cina crew islam dikecam kerana berpuasa.
Quote ahlam_nabiha 16-4-2021 10:23 AM
majikan ni mcm duk di negara asing..dh tau org islam biasa la amalan berpuasa..apahal pula nak marah..cash la polis siasat perniagaan dia.
Quote dizekni 16-4-2021 10:40 AM
Kena bertegas isu ni

ini kerajaan pun senyap sunyi

bagus la pimpinan UMNO bersuara

kalo tak kita siapa lagi
Quote bangcak 16-4-2021 11:36 AM
dizekni replied at 16-4-2021 10:40 AM
Kena bertegas isu ni

ini kerajaan pun senyap sunyi

see...
i da sebut lama dah.
2020 tahun last macai jilat wak jahit dgn najib.

2021 sekejap je 2 ekor tu dok bawah tapak kaki macai.
ok, skang perdengarkan plak stetmen berikutnya.

sblm 2022,
umngok akan dibubar
dan join pengkhianat sepenuhnya

sila printskrin stetmen nih.
pastu tunggu taon depan.
mentality macai mudah dibaca


Quote batmana 17-4-2021 10:48 AM
pelik juge majikan ni amik org melayu isle keje jadi bodyguard dia, ape tak ramai ke non muslim cina jadi bodyguard?..

yg guard dpn umah pun smua org islam.. pelik plak aku
Quote tensic~ 17-4-2021 10:50 AM
Bodohnye semua orang yang ingat majikan ni betul2 belasah sebab tak bagi puasa
Quote white_musk 17-4-2021 10:59 AM
Akak cadangkan sesiapa mahu memiliki perniagaan WAJIB masuk ISLAM...
Quote bangcak 17-4-2021 02:57 PM
white_musk replied at 17-4-2021 10:59 AM
Akak cadangkan sesiapa mahu memiliki perniagaan WAJIB masuk ISLAM...

sorry kak,
dulu masa parti lobai blom jd gomen bleh la cadang.
kita bawak sekali kes memali, ruu355, kes adib semua
kira pukal la.

tapi sejak pesiden lebai dpt jawatan duta bertarap sami vellu,
akak simpan la cadangan tu ye.


Quote miss_white 17-4-2021 03:34 PM
Edited by miss_white at 17-4-2021 08:43 AM

cina bkn berani mana pun
kalo berani tak la pakai bodyguard
kenapa xamik cina je jd bodyguard
terhegeh2 nk melayu yg jaga dia
cino semua memilih kerja ya
kerje berat kotor tak nak
nk kerje office duduk dlm aircond
maklum la bangsa dorg ni takut kena panas
sb tu asyik nk berpayung je
nk keluar mesti amik payung
kol 9 10 sibuk pakai payung



Quote kakikuDibibirmu 17-4-2021 08:14 PM
miss_white replied at 17-4-2021 03:34 PM
cina bkn berani mana pun
kalo berani tak la pakai bodyguard
kenapa xamik cina je jd bodyguard

Jangan cakap abang tak payung
Quote kakikuDibibirmu 17-4-2021 08:15 PM
Anak kecil main api.....
Quote miss_white 17-4-2021 10:29 PM
Edited by miss_white at 17-4-2021 03:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2021 01:14 PM
Jangan cakap abang tak payung


payung dan sheolss  berpisah tedaa

pakai skirt  kontot kena jugak panas apooo
Quote pyropura 18-4-2021 05:12 AM
Kes majikan pukul org.puasa ni terjadi di zaman UMNO berkuasa semula. Ko kutuk geng ko ka wahai Zahid pornorogol?
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:01 PM
Apa perkembangan terkini? Dah ikat jamin ke?
Quote MontanaHannah 17-5-2021 01:03 PM
Majikan nakahrom tu bukan simbah minyak ke dalam api tetapi dia pukul pekerja dia sebab berpuasa.











































mesti ramai ingat aku xfaham cerita sebenar

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.091180 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top