Beberapa hari kebelakangan ini, hujan lebat dan angin kencang melanda di kebanyakan kawasan di ibu negara. Jika beberapa hari lalu rata-rata masyarakat negara ini simpati dengan nasib peniaga bazar Ramadan kerana gerai jualan mereka musnah dalam kejadian ribut kencang, hari ini kita dikejutkan pula dengan satu lagi insiden menyayat hati.
Dalam kejadian petang Khamis, seorang penghantar makanan (rider) maut dihempap pokok tumbang berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras. Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian yang berlaku pukul 4 petang itu, hujan lebat disertai ribut petir menyebabkan sebatang pokok di tepi jalan tumbang dan mengenai rider tersebut.
Mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. Orang ramai membantu mengalihkan tubuh mangsa dari bawah pokok tumbang itu dan membawa mangsa ke stesen minyak berhampiran sementara menunggu pasukan perubatan tiba. Video ketika orang ramai membantu mangsa turut tular di media sosial. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. -CARI Sumber: mStar Online
|
manehnya replied at 16-4-2021 11:51 AM
muda nya lahai adik ni,
sedeh tgk video yg ramai2 angkat dia dlm hujan ribut,
Dovahkiin replied at 16-4-2021 12:03 PM
Actually rider2 ni mmg nak job walaupun hujan lebat. Diorang ada ckp, ramai yg kesian nak order ti ...
ADVERTISEMENT