|
Mengaku tahun ke-10 berpuasa di bulan Ramadan, penyanyi, Dr Soo Wincci terus mencuri perhatian. Setiap kali berkongsi pengalaman dan ragam berpuasa, Wincci pasti mendapat sokongan dan pujian netizen.
Sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol, Wincci mengakui cabaran berpuasa cukup besar. "Ini tahun ketiga saya berpuasa di Sepanyol. Cukup mencabar apatah lagi siangnya lebih panjang. "Setiap hari saya berpuasa antara 16 hingga 18 jam. Tapi saya tetap gagah melaluinya dan tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan puasa. "Mujur tahun ini cuaca agak bagus kira-kira 20 darjah celsius. Saya juga banyak masa lapang berbanding tahun lalu di mana saya terikat dengan tugasan kerja produksi," katanya.
|
Beribear replied at 16-4-2021 02:13 PM
Semoga di kurnia hidayah. Rugi je berpuasa tanpa menjadi seorg islam. Harap suatu hari. Ti terbuka p ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.200288 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.