Kurang ajar siapa yang terlibat dalam pembikinan video judi ini. Mana iman dan akidah? Dalam hantarannya di Facebook, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim, 40, meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melancarkan video iklan lagu raya yang mempromosikan judi pada bulan mulia. Justeru, dia memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap seluruh kru produksi yang terlibat dalam proses pembikinan video berkenaan yang tular sejak semalam. Dia juga menyifatkan video tersebut melampau kerana mengajak umat Islam melakukan perkara haram pada bulan Ramadan. Malah, dia turut mempersoalkan mengapa beberapa individu yang terlibat tergamak berlakon dalam iklan tersebut. "Aku tak tahulah yang berlakon dalam video ini sedar atau tidak apa yang dinyanyikan. Memang tak fikir panjang bila buat semua ini, berani pula nak promosi perkara begini. Kalaulah kamu semua orang Islam, menjawablah dengan Allah SWT," ujarnya memetik laporan K! ONLINE. Terdahulu, tular video iklan mengisahkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang kemudiannya bertukar menjadi promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang segera agar perayaan dapat disambut dengan lebih meriah. Vido itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam. - CARI
|
ADVERTISEMENT