Jika anda peka dengan persekitaran, pasti perasan dengan pertumbuhan kedai-kedai serbaneka bagaikan cendawan selepas hujan. Ramai menyatakan ianya petanda baik, bahawa rakyat makin bijak berbelanja dengan mengutamakan nilai wang berbanding barangan itu sendiri. Namun, seorang pengguna Twitter membawakan naratif berbeza dengan mendakwa pertambahan kedai-kedai RM2 ini sebenarnya menunjukkan ekonomi kita yang semakin lemah. Bertambahnya kedai murah membuktikan golongan B40 bertambah yang datangnya dari golongan M40 yang terpaksa berjimat cermat. Jika ianya berterusan, bermakna M40 akan makin pupus. Bahaya kan?
Menurut Mat Rodi, kedai sebegini biasanya dijumpai di pekan-pekan kecil seperti Jengka, Jitra dan Batang Kali.
Tetapi sejak kebelakangan ini, ianya semakin banyak dibuka di bandar-bandar besar seperti Kota Damansara, Shah Alam dan TTDI. Tidak lupa, ada yang menyewa di dalam pusat beli belah! Jadi, apa impaknya? "Apabila banyak M40 turun jadi B40, mereka tak lagi shopping barang di Tesco, sebaliknya tukar ke Eco-Shop. Memang bagus apabila orang ramai lebih savvy tapi hakikatnya ini petanda jelas M40 semakin struggling." Netizen berbeza pendapat, ada yang tidak memahami konteks sebenar masalah dan ada juga yang risau dengan akibat isu ini. Jika M40 tersepit, maka lama kelamaan mereka akan menjadi golongan B40. Ia membawa maksud jurang kekayaan semakin lebar antara T20 dengan B40. |
ADVERTISEMENT