CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie Mungkin Akan Berehat Panjang

19-4-2021 06:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4905| Komen: 19

Kesihatan penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie terus diuji apabila dimasukkan ke sebuah hospital swasta terkenal di Ampang baru-baru ini.

Awie, 53, atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berkata, situasi ini hampir merencatkan perancangan program sumbangan Misi Kemanusiaan Sayap-Sayap Wings serta Majlis Aqiqah & Berendoi anak keenamnya, semalam.



Kredit foto: IG Awie

"Saya tak berapa sihat sebenarnya kerana baru keluar hospital. Saya tak dapat nak uruskan majlis. Yang banyak bantu saya ialah Presiden Sayap-Sayap Wings iaitu Zul.

"Dari dalam wad, saya kerap hubungi dia termasuk pada jam 3 ke 4 pagi untuk beri arahan. Maka, jadilah majlis pada hari ini (semalam).

"Semuanya terjadi dalam tempoh masa yang amat singkat. Syukur alhamdulillah kami dapat penama-penama yang kurang bernasib baik dan esok (hari ini) kami akan hantar ke rumah mereka yang tak dapat hadir," katanya ditemui pada majlis yang berlangsung di Damai Hall @ KLCC, Ampang.


Biarpun didesak, Awie enggan membuka mulut bercerita mengenai penyakitnya.


Kredit foto: IG Awie

"Wallahuallam. Adalah bendanya. Daripada situ komplikasinya merebak. Saya ingat mungkin selepas ini, saya akan berehat panjang. Tengoklah pada keadaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 19-4-2021 06:32 AM
Semoga cepat sembuh datuk dan dpt berkarya dan terus beramal dgn misi kemanusiaan. Kami semua meminati suara dan lagu-lagu datuk dan wings
Quote Cik_jantung 19-4-2021 06:39 AM
Semoga baik2 saja awie
Quote ashilalat 19-4-2021 07:56 AM
Baru 53 ke umonya? Ingat dah tua dah
Quote taji2906 19-4-2021 08:40 AM
sakit apa sampai merebak2 tu? semoga diberi kesembuhan.
Quote lasagna 19-4-2021 09:12 AM
rehat lah awie, dlu sakan kan dah masa muda-muda.
teringat plak masa kes ada org santau kan dia dlu.. huhu
Quote She-Ra 19-4-2021 09:24 AM
Antara penyanyi yg diminati
Moga dikurniakan kesembuhan

Ada 2 show tokwi rasanya dlm masa terdekat
Show solo kt melaka 30/4 kt melaka, 1/5 kt kl dgn wings.. apapun moga dipermudahkan segala urusannya
Quote pngky 19-4-2021 11:00 AM
waktu dah tiba utk Awie berehat
Quote Heynaaa 19-4-2021 12:04 PM
Semoga cepat sembuh
Quote Eliadaisy83 19-4-2021 12:07 PM
Klau tgk dr segi body, senang kena serangan jantung dia ni...
iols mmg peminat dia, suka sgt dgn suara dia..merdu
Quote songhara1226 19-4-2021 02:54 PM
Maaf tok Wi, iolls ingt tok Wi baya2 my grandfather rupenye muda lagi.....
Quote skinsandstars 19-4-2021 03:40 PM
okaylah tu awie. rehatlah lama-lama pun takpa. focus kat family.
Quote rainbowrainz 19-4-2021 04:33 PM
Semoga cpt sembuh..seram plak dengar sakit merebak2 kanser ke..
Quote me12345 19-4-2021 04:37 PM
53 ni muda sgt lagi tok...
Quote Asdira 20-4-2021 11:10 AM
Rehatlah bang awie..
anak kecik tu sgt memerlukan mu..
Quote Minami2013 20-4-2021 11:56 AM
Moga Allah kurniakan kesembuhan..
Quote mohdcrow 20-4-2021 01:53 PM
Berlakon jadi bapak2 dahla kot,ni watak bujang berjambang berjanggut putih bercinta dengan anak gadis muda dan direstui orang kampung...wat the hei...kikiki
Quote cap_ayam 20-4-2021 09:43 PM
Semoga cepat sembuh Datuk Awie.
Quote samshik 20-4-2021 09:47 PM
Suara die best.. Mmg x sesia if byr tiket ratus2
Quote Perawankota 21-4-2021 02:53 AM
Dah 53 dah Tok Wie ni.. Jadi hero dari zaman Ella, ke Erra Fazira..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036818 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top