CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteri Tuntut RM1 Juta Upah Kemas Rumah

19-4-2021 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2738| Komen: 10

Mahkamah Agung Portugal memerintahkan seorang lelaki membayar AS$72,000 (kira-kira RM297,000) kepada bekas isterinya sebagai pampasan atas kerja rumah yang dilakukan.

Pampasan itu diberikan kepada wanita terbabit untuk kerja mengemas rumah dan memasak sepanjang 30 tahun perkahwinan mereka.


Portal Oddity Central melaporkan jika dulu kerja rumah dianggap sebagai tugas isteri namun kini ia bukan lagi dianggap sedemikian berdasarkan keputusan mahkamah dalam kes berkenaan.


Gambar hiasan

Ini dibuktikan dengan kes terbaharu dari Portugal yang memerintahkan bekas suami membayar pampasan kepada bekas isterinya itu untuk kerja rumah seperti memasak dan mengemas.

Keputusan pada 14 Januari lalu itu mendapat liputan meluas media Portugal selepas perbicaraan yang memakan tempoh yang lama.

Pada awalnya, wanita terbabit menuntut pampasan AS$290,000 (kira-kira RM1.19 juta) atas segala kerja yang sudah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.


Namun, tuntutan itu ditolak oleh mahkamah di Barcelos yang menganggap wanita terbabit tidak layak untuk mendapat pampasan kewangan.

"Kerja rumah bukan satu daripada aktiviti yang tidak sah dalam persefahaman di antara dua individu kerana ia berperanan sebagai sumbangan kepada ekonomi bersama," kata Hakim Mahkamah Barcelos dalam keputusannya.

Wanita terbabit memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum hakim membenarkan permohonannya untuk mendapatkan ganti rugi berkenaan.

Bagaimanapun, bekas suami yang tidak berpuas hati sekali lagi memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Agung, tetapi kali ini hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Ia sekali gus menyebabkan lelaki berkenaan perlu membayar pampasan AS$72,000 (kira-kira RM297,000) itu.

Mahkamah berpendapat bahawa kerja rumah mempunyai nilai ekonomi yang jelas kerana ia memberi sumbangan kepada penjimatan perbelanjaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-4-2021 08:49 AM
Fuhhhhhh.. Kayooo
Quote lavendernovella 19-4-2021 02:48 PM
Bagus gak idea cam ni
Quote Mulan 19-4-2021 02:51 PM
sarah82 replied at 19-4-2021 08:49 AM
Fuhhhhhh.. Kayooo

Tak kayo mano laa sbb tuntut je rm1mill.. dpt suku jaa.

Oklah blh laa beli apa2 lps tolak lawyer fees
Quote Artemesiaa 19-4-2021 04:06 PM
Berbaloi dengan usahanya
Quote sarah82 19-4-2021 06:13 PM
Mulan replied at 19-4-2021 02:51 PM
Tak kayo mano laa sbb tuntut je rm1mill.. dpt suku jaa.

Oklah blh laa beli apa2 lps tolak lawy ...

Boleh la... Dari x dpt apa2 kan.. Hihihi.
Quote Supersirap 19-4-2021 07:47 PM
Baguslah dapat juga pembelaan yang sepatutnya
Quote Mulan 19-4-2021 07:56 PM
sarah82 replied at 19-4-2021 06:13 PM
Boleh la... Dari x dpt apa2 kan.. Hihihi.

A ah. Adalah savings sket kan.
Quote sarah82 19-4-2021 08:07 PM
Mulan replied at 19-4-2021 07:56 PM
A ah. Adalah savings sket kan.

Hihihi.. Sementara dia nak cari kerja baru... Ada la simpanan utk kegunaan dia.
Quote jas7512 19-4-2021 08:15 PM
Women power...bagus..klu tak suami anggap kerja2 memasak mengemas semua tugas istrri tapi duit gaji bini nak tapau juga..dulu2 blhlah bini buat seme kerja sbb laki srg je cari duit...ni binilah keje..binilah uruskan binilah urusksn seme..stokin laki pun kn cari..igt bini ni robot ke..hopefully ada juga petisyen mcm ni dkt msia
Quote sukacactus 19-4-2021 08:33 PM
Ini mesti kes laki kemut dan berkira sepanjang usia perkahwinan
Surirumah pun patut dapat elaun
Kalau xdapat jd camni lah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045429 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top