Perbuatan ejek-mengejek antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran makanan berakhir dengan kecederaan selepas berlaku adegan membaling botol kaca sesama mereka. Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi semalam, di sebuah restoran yang terletak di Rawang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian tercetus semasa mangsa yang berusia 29 tahun sedang minum bersama rakan-rakan di sebuah restoran. Ketika itu telah berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat tindakan ejek-mengejek antara mereka. Katanya, keadaan menjadi kecoh apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak membaling botol kaca yang berada di atas meja ke arah pengadu dan rakan-rakan. ”Mangsa dan rakan-rakan turut membaling botol kaca ke arah kumpulan tersebut, yang kemudian berlaku pergelutan antara mereka.
“Bagaimanapun mangsa telah mengajak rakan-rakannya untuk beredar sebelum pergaduhan menjadi lebih buruk,” katanya. Akibat kejadian itu mangsa cedera ringan di bahagian tangan sebelah kiri dan dada. Bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa, polis Gombak berjaya mengesan dan menangkap lapan lelaki tempatan berumur antara 23 – 29 tahun bagi membantu siasatan. Kesemua suspek itu ditahan hari ini antara 1.30 tengahari hingga 8.30 malam tadi. Empat suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberi keterangan manakala empat lagi menyerah diri. Katanya, beberapa suspek lagi sedang diburu polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Sumber: MalaysiaGazette
|
no_fear replied at 19-4-2021 09:14 AM
Pukul 1 pagi restoran masih buka ye? Ingat smpi pukul 12 mlm je
RinIna replied at 19-4-2021 09:25 AM
Kalau x silap rasanya start bulan puasa bukak smp jam 6 pagi...
miznora: Ejek pasal apa tu?Aku ingat budak2 sekolah aku je suka main ejek2 rupanya sampai ke besar ada perangai macam ni
ADVERTISEMENT