Tidak ramai gandingan pelakon masa kini yang begitu diingati peminat hinggakan ramai meminta mereka menjadi pasangan di luar lokasi. Berlainan dengan lakonan Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha dalam drama bersiri Projek Anchor SPM yang menepati cita rasa penonton. Pelbagai emosi dapat dirasakan ketika kedua-duanya bertelagah, bergaduh, perang mulut dan akhirnya jatuh cinta tanpa kata. Ternyata, kita tidak ketandusan pelakon pelapis berkarektor dan juga skrip drama yang bagus. Lebih manis, apabila Aedy tidak henti-henti mempromosikan drama tersebut di laman Instagramnya, ada apa-apa ke? Malahan, ada satu adegan berpelukan yang begitu dekat dengan jiwa penonton ketika watak Aida memujuk Aizat bangkit kembali yang membuatkan penonton terasa sweet sangat. Berlatarbelakangkan tahun 2003, drama bersiri ini mungkin memberi impak berbeza kepada penonton kerana ketika itu, teknologi media sosial masih belum wujud di Malaysia. Jadi, ianya lebih segar dan mengimbas kembali zaman sebelum munculnya gajet. |
gundah37 replied at 19-4-2021 02:30 PM
konsep citer mcm cite thai tu
Cari-Azza replied at 19-4-2021 04:09 PM
Eh! Tak,
rosannazmia replied at 19-4-2021 02:26 PM
Oh mcm reply 1997 lah ni ek ?ahkak kena tgk ni huhuhu
Carcosa replied at 19-4-2021 11:42 PM
Cinematography mmg cantik Meols pun kagum.
Tapi lakonan si Dayan ni, biasa2 jelah. Takdelah wow ...
immaryjane replied at 19-4-2021 11:55 PM
Reply 1997 dn reply2 yg lain tu same tk? Ke 1 season tu je. Best sgt!!
cmf_premierleag replied at 20-4-2021 05:32 AM
akak layan je drama ni
lain dr yg lain la..tak kuasa la nk tgk bdk skolah form 5 bertudung kepam ba ...
ADVERTISEMENT