|
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @kerol505, kelihatan dia sedang berbual dengan anak lelakinya di dalam kereta. Kanak-kanak itu bertanya jika ibunya ikut balik sekali, namun si ayah berkata bahawa isterinya tidak balik bersama mereka kerana menjaga atuknya.
Apa yang mencetuskan dekah ramai adalah apabila kanak-kanak tersebut meragam mahukan susu yang dibuat oleh ibunya dan si ayah pantas menjawab supaya minum ‘susu abah’ malam itu. Sebaik saja mendengar jawapan si ayah, kanak-kanak itu terus membuat reaksi muka dan berkata "tak nak, masamlah susu abah" sehingga membuatkan ayahnya tergelak dan terus menyakat anaknya.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen tuurt terhibur melihat gelagat dua beranak itu terutamanya apabila muka kanak-kanak lelaki berkenaan berubah selepas mendengar abahnya menawarkannya susu. Sumber: KoolFM
|

psikologi btol..ni i baca dlm 20 tahun lepas rasanya..ntah ke lebih...mesti budak tu pun dah kawen agaknya..hihi
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048203 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.