Pada kebiasaannya, badut sering berada di majlis keraian, hospital atau rumah perlindungan kanak-kanak bertujuan mengukir senyuman pada setiap wajah yang melihat gelagat mereka. Berbeza kali ini apabila sekumpulan badut hadir ke bazar Ramadan, bukan sahaja untuk tujuan sama, malah turut menyampaikan mesej dan mengingatkan pengunjung agar terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam suasana pandemik COVID-19.
Kehadiran empat badut dari Komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak pada petang Sabtu itu mencuri tumpuan pengunjung di bazar ramadan Taman Jati, di Ipoh, Perak. Mereka memegang dua plakad yang tertera “Stay Safe #penjarakanfizikal” dan “COVID-19 watching us #jagasop” selain mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada pengunjung di laluan masuk ke bazar tersebut.
Wakil Komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak, Nazirah Abd Rahman berkata kehadian mereka di bazar Ramadan itu bertujuan mengingatkan para pengunjung supaya sentiasa patuh kepada SOP COVID-19. "Bila kita orang turun macam ini, kita mengharapkan agar pengunjung lebih patuh kepada SOP supaya tidak jadi kluster bazar Ramadan pula. "Dahlah nak raya ni. Nanti kes makin meningkat. Tak nak jadi macam tu. "Jadi, kita berharap dengan adanya kita kat sini, bila pelanggan tengok, lain kali bila mereka datang, mereka akan ingat. "Jaga SOP. Sebab takut jadi macam sesetengah tempat yang bazar Ramadannya ditutup sebab tidak patuh SOP. Jadi, kita berharap di kawasan ini tak jadi macam itulah," kata Nazirah. Tambahnya usaha yang julung kali dilakukan komunitinya itu dibuat susulan laporan berita sejak akhir-akhir ini yang memaparkan ketidakpatuhan pengunjung terhadap SOP di bazar Ramadan. Selain itu Nazirah yang mesra disapa dengan panggilan "Mama Pinky" tidak menolak kemungkinan komunitinya akan melakukan kempen kesedaran sama ke bazar-bazar Ramadan yang lain di sekitar bandar raya dan negeri ini. Sumber: AWANI
|
wirazam replied at 19-4-2021 02:43 PM
letak polis je kat bzar ramadhan tu...then ko akan tgk masing2 akan pandai jaga sop ..boleh la pulak ...
wirazam replied at 19-4-2021 02:43 PM
letak polis je kat bzar ramadhan tu...then ko akan tgk masing2 akan pandai jaga sop ..boleh la pulak ...
Kehadiran empat badut dari Komuniti Muslim Clown Malaysia
TabletSusu replied at 20-4-2021 10:09 AM
bazar area rumah aku ni, awal2 dah bgtau kanak2 bwh 13thn x boleh masuk
tetap jgk parents bwk anak2 ...
pyropura replied at 20-4-2021 09:40 AM
Ada beza ke clown dgn. Muslim clown?
ADVERTISEMENT